As previous entry... entry ni alkisah tentang diari hamil yang saya guna untuk catatkan perjalanan dalam tempoh kehamilan saya... Saya diperkenalkan dengan diari ni klinik tempat saya buat chek up.. misi (hehe gaya mm kampung) kat situ... dia cakap diari ni bagus..ada doa2 bagai..so saya belilah... harganya RM26...tapi worth mor than it cost. Why? I'll let you know.
Diari ni terbahagi kepada beberapa bahagian... bermula dengan sebelum mengandung...petua2 untuk dapatkan anak, doa, penjagaan badan dan sebagainya.... Banyak juga petua2...di letakkan dalam point2 yang sangat menarik untuk dibaca...
Bahagian seterusnya menceritakan tentang proses bila dah confirm mengandung, cara nak check, apa langkah2 nak jaga2... dan maklumat2 yang perlu kita tahu bila mengandung... bila mabuk apa nak buat, petua2... doa2... doa memang banyak...
Bab seterusnya... Perkembangan baby... dia bahagikan mengikut trimester... ada bahagian untuk ktulis catatan untuk tiap2 minggu... catatan ibu, catatan klinikal, checklist ibu... lebih kurang lah...
After that, ada petua dan doa2 lagi bila nak lahirkan anak, apa yang perlu kita bawak ke hospital bila nak beranak hehe... Ada jgk cara nak jimak, exercise, perjagaan makanan dan sebagainya semasa hamil... Itulah lebih kurang hehe...
Ini saya copy paste dari blog yg jual buku ni hehe...lupa plak nak amik link..tapi just taip Diari hamil telaga biru.. banyak yang keluar. Ini lebih kurang descriptionnya....
- Buku (idea asal oleh Kamaruddin Mamat) ini merupakan panduan lengkap kepada bakal ibu. Mendedahkan perkembangan semasa bayi serta ibu sepanjang kehamilan.
- Panduan berguna bagi melancarkan aktiviti ibu semasa hamil dan menyediakan diri selepas proses bersalin.
- Turut memuatkan tip-tip yang berguna kepada suami dan bakal bapa untuk kesejahteraan isteri dan bayi.
- Mendedahkan panduan dan amalan yang sewajarnya sebagai seorang Muslim. ‘Checklist’, catatan ibu, memo ibu, ruang–ruang meletakkan gambar ultrasound bayi anda dan lain-lain lagi.
- Dijadikan hadiah buat bayi yang bakal lahir supaya apabila telah dewasa si dia juga dapat menghayati saat-saat manis dan pahit ibu mengandungkannya.
- Hadiah kepada isteri tersayang. - Khazanah kenangan paling berharga buat seisi keluarga yang boleh disimpan sebagai koleksi peribadi.
No comments:
Post a Comment