Friday, November 29, 2013

Doa Rasullah kepada cucu-cucunya

Assalamualaikum ...

Kali ni saya nak kongsi doa yang Rasulullah sentiasa bacakan buat cucu-cucunya... Semoga perkongsian ini memberi manfaat bersama.


Maksudnya:

"Ya Allah, lindungi mereka dengan kalimahmu yang sempurna, daripada syaitan dan binatang buas, dan juga daripada bahaya hasad"





Friday, November 08, 2013

Anis 2nd Birthday & Our 3rd Anniversary...



Assalamualaikum…
Sekejap masa berlalu… dalam kesibukan melayari hari dengan study dan kerja, pejam celik-pejam celik, dah tiga tahun kami mendirikan rumah tangga… Anis Safia pun dah masuk 2 tahun 14 September lepas.
Oleh kerana keburuan waktu, tak sempat lagi saya nak tulis panjang2 nak update blog… dah banyak yang ketinggalan yang tak diupdate. 

Entri ni rangkuman celebration yang kami sambut in September & November. September kami sambut birthday Anis Safia yang ke-2. Dua kali anis sambut birthday. Kali pertama di rumah my mum bersama-sama sepupu-sepupu dia. Dalam bulan September ada tiga orang yang sambut birthday, abang saya yang sambut birthday yang ke 32, kakak (Fudzla Alia) anak perempuan kakak sulung saya dan Anis Safia. Jadi keknya pun gabungan 3 nama. 

Birthday cake Anis, kakak dan Pak Njang

Anis & Kakak potong kek

Kali kedua Anis celebrate di nursery dengan kawan-kawan tapi tak ambil lagi gambar dari cikgu huhu…so yang ada hanya gambar keknye je

Birthday Cake untuk celebration di nursery

Alhamdulillah… dah besar anak Ummi. Semoga Anis Safia binti Mohd. Suhaili akan menjadi anak solehah dan muslih… menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

 
Celebration kedua adalah 3rd Anniversary kami pada 6th November yang lepas… 

This year celebration lebih teratur dan sweet hehe sebab kami dah duduk asing dari mertua, so lebih privacy dan boleh aturkan kejutan untuk each other.

First kejutan hubby kepada saya. Saya dah baring nak tido, tetiba dia masuk bilik bawa sejambak bunga... 3 roses with  lily... Simbolik betul :)


The bouquet

Hmm... dalam hati pun kembang mekar macam bunga ros ni.. merah menyala hihi

Pagi esoknya turn saya plak buat surprise (surprise la sangat.. hehe)... Biasa ja.. saya letak kan hadiah pertama kat depan muka pintu.. pastu buat2 sibuk kat dapur hehe... So husband keluar nak hidupkan moto terus nampak hadiah tu... pastu kotak berisi hadiah kedua saya letakkan dalam raga moto dan dicover dengan jaket yang husband biasa pakai masa naik moto...

Hadiah pertama baju hujan GIVI yang husband dok bernyanyi nak beli dah beberapa bulan... tapi tiap kali nak beli ada aja halangan, emergency lah, bateri kereta konglah... mcm-mcm jadi sampai terbantut. So saya belikan untuk dia ...walaupun bukanlah hadiah yang romantik-romantik, tapi sekurang-kurangnya hubby boleh pakai... sekarang pun musim hujan.... Hadiah kedua, kotak biru yang berisi kad ucapan dan sarung tangan untuk menunggang motosikal... Kembang hati bila tengok husband pakai pegi keje :D 


Ingatkan dah habis dah surprise daripada hubby. Saya dah ke USM, Anis pun dah dihantar ke nursery, tetiba husband call, dia ajak date :D... Kami pergi tengok wayang after 3 years tak tengok wayang huhu... Hubby belanja makan dan jalan-jalan. Hadiah paling saya nak... mungkin dia pun nampak saya stress lately dengan urusan rumah dan study... 

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas nikmat cinta dan kasih sayang yang kau berikan kepada kami.... 

Malam tu, saya pulak treat husband dengan our version of candlelight dinner... together with Anis Safia. Saya masakkan nasi hujan panas, ayam percik favourite hubby dgn beberapa sidedish... Dan highlightnya adalah Devil Food Chocolate Cake yang first time saya buat khas untuk celebrate anniversary kami :) 

Devil Food Choc Cake

Amatur buat kek... Rujukan dari blog kak azlita... huhu sememeh je coklat... tapi ni lah kek yang paling cantik yang saya pernah buat :) Insya Allah akan ditingkatkan usaha :)


Our Candle light Dinner.. haha malu je .. tapi ini saja yang sempat disedikan dalam masa singkat... 


Sekian saja cerita kali ini.. Kita jumpa lain kalilah hehe... daa... nak tido ditemani mimpi indah... 

Nite semua :D (masa habis tulis ni jam dah 1.29 a.m ..)


XOXO

Ifah