Wednesday, May 11, 2011

Lebih Lama Dalam Kandungan dan Lebih Lama Disusukan, Lebih Besar Akalnya

Assalamualaikum...

Lagi entry copy paste... mengenai khasiat menyusukan bayi.. Saya dapat dari website Ratuhati



Perkembangan otak bayi dipengaruhi oleh jangkamasa dia di dalam kandungan ibunya dan jangkamasa dia menyusu susu ibu.
Lebih lama seseorang bayi di dalam kandungan dan lebih lama dia menyusu susu ibu, maka semakin besarlah otaknya. Kesimpulan ini dibuat hasil kajian yang dijalankan oleh Universiti Durham ke atas 128 spesis mamalia, termasuk manusia.
Penemuan ini menguatkan lagi saranan Islam dan juga WHO tentang tempoh dua tahun penyusuan susu ibu.
Perbandingan turut dibuat antara manusia yang mengandungkan anaknya selama 9 bulan dan menyusukan selama dua tahun yang mempunyai 1,300cc otak, dengan rusa yang bunting selama 7 bulan dan menyusukan anaknya maksima 6 bulan sahaja yang mempunyai 220cc otak.

No comments:

Post a Comment