Entri kali ni copy paste..hihi...
Info ni saya copy from this blog...
Tip mengurangkan berat badan
Arini tak mau post entry lawak dah..aku dh boring ari2 entry lawak
ehehehe..nk post entry kesihatan plak..im on diet okay..lihat pinggang
ku ramping kan hehehehe...tak ingt aku iklan ape yg ckp mcm
tu..hehe..jom kuruskan badan okey..
1) Elakkan penurunan berat badan yang cepat
Apabila berat badan anda berkurangan dengan cepat, kebiasaannya badan
anda hanya kehilangan glikogen (karbohidrat) dan air, bukannya lemak.
Badan anda akan menghantar isyarat ke otak yang anda sedang kebuluran
dan mengurangkan kadar metabolik, sekaligus melambatkan badan membakar
kalori.
2) Gantikan makanan, bukannya elakkan terus
Cuba gantikan makanan kegemaran anda yang tinggi lemak, gula atau garam
dengan yang kurang lemak, gula atau garam. Sebagai contoh, gantikan Coke
biasa dengan Diet Coke yang kurang gula, susu lemak tinggi dengan susu
kurang lemak. Penukaran sebegini tidak akan menjejaskan keinginan untuk
makan makanan kegemaran anda secara drastik walau pun pengambilan kalori
telah berkurangan.
3) Minum banyak air
Banyakkan minum air putih dan air soya untuk menggantikan air bergas.
Air bergas boleh menambahkan kalori anda sebanyak 360 kJ sehari.
4) Banyakkan pergerakan
Banyakkan bergerak dan bersenam akan membakar kalori anda yang
berlebihan. Banyak cara untuk anda bersenam termasuklah dengan jogging,
pergi ke gim dan sebagainya. Anda juga boleh selitkan aktiviti fizikal
dalam kehidupan harian anda dengan berbasikal ke tempat kerja,
menggantikan lif dengan menaiki tangga, berjalan ke kedai makan atau pun
membuat sit-up sambil menonton TV.
Pakar kesihatan menyarankan anda bersenam 30-45 minit 3-5 kali seminggu.
Mungkin agak sukar untuk anda memulakan senaman sehingga 45 minit
sehari. Apa kata mulakan dengan 10 minit, 3 kali sehari supaya anda
tidak terlalu memaksa diri anda dan yang paling penting, disiplinkan
diri untuk melakukannya setiap hari. Bagi para ibu, jangan jadikan sibuk
sebagai alasan anda, tetapi cuba cari masa walau pun sebelum tidur
untuk melakukan aktiviti fizikal.
5) Mulakan sedikit demi sedikit
Mulakan program penurunan berat badan anda dengan perubahan sedikit demi
sedikit dan bukannya secara drastik. Kurangkan sedikit demi sedikit
pengambilan makanan tinggi kalori dan gantikan dengan makanan yang
berkhasiat. Gantikan minuman manis dengan air putih. Perubahan kecil
kebiasaannya akan lebih berkekalan berbanding perubahan yang drastic.
6) Jangan terlebih makan
Pernah dengar ke sunah Rasulullah S.A.W. yang mengunyah perlahan-lahan
dan berhenti makan sebelum kenyang? Cuba amalkan dan anda akan melihat
perubahannya. Makan sedikit tetapi kerap.
7) Jangan sekat makanan tinggi kalori sepenuhnya
Anda berazam untuk tidak akan menyentuh makanan berlemak lagi! Jangan
buat begitu kerana badan anda masih memerlukan lemak tetapi dalam
sukatan yang betul dan bukannya berlebihan. Cuba seimbangkan makanan
anda dengan sesuatu yang berkhasiat.
8)Kesan jangka masa panjang
Diet singkat dan rutin senaman yang tidak tetap biasanya tidak akan
berkekalan. Rancang program penurunan berat badan secara realistik yang
mampu anda turuti dan bukan secara drastik. Rekodkan segala perubahan
menu, aktiviti fizikal dan apa jua yang anda rasakan berubah termasuk
fizikal, emosi dan tahap kesihatan anda. Pastikan program anda
bersesuaian untuk jangka masa panjang dan bukan sekadar hangat-hangat
tahi ayam!
9) Fokus pada sihat, bukannya kurus
Kebanyakan individu yang berjaya mengurangkan berat badan dalam jangka
masa panjang akan mengubah objektifnya daripada ingin menjadi kurus
kepada ingin menjadi sihat. Tetapkan pemikiran anda dengan memilih
makanan yang boleh memberikan nutrient dan khasiat yang optima kepada
badan anda. Untuk panduan, rujuk piramid makanan!
10) Atasi tekanan emosi
Emosi yang bercelaru dan tidak stabil boleh menyebabkan anda teruja
untuk makan. Cari cara lain untuk mengatasinya dengan meluahkan masalah
kepada orang yang rapat dengan anda atau kaunselor. Lakukan juga
aktiviti yang boleh menggembirakan anda supaya tekanan anda diatasi.
11) Motivasi
Sokongan dan motivasi merupakan salah satu daripada kunci utama dalam
proses untuk menurunkan berat badan. Dapatkan sokongan daripada orang
tersayang dan dapatkan nasihat pakar dietitik supaya anda melakukan
program diet yang betul dan penuh semangat!
Terbaik..mmg itulah caranye juga sambil pakai pb :)
ReplyDeleteYa betulll.. hehe. Tq Naza...
ReplyDelete