Thursday, January 19, 2012

Sibuk + Azam Tahun Baru (HL vs PB)

Assalamualaikum...

Aduhai, since comeback ke blog ni, kononnya nak menulis dengan lebih kerap.. dah berapa banyak dah draf.. tapi x dapat publish lagi kerana kesibukan huhuh... apalah yang di sibukkan aku ni hehe...
...siries memang sibuk. sibuk menyiapkan correction thesis yang insya allah akan di hantar esok.. alhamdulillah... lega rasanya... ( x lega lg sebenarnya.. selagi tak submit kat CPS and hardcover kan dia)...

... sibuk apa lagi.. sibuk dengan baby Anis Safia yang a bit fragile lately... batuk then selsema- then cirit birit - then batuk + selsema balik... kesian dia... hmm... nak buat mcm mana... nasib baik la jugak duduk dgn MIL... so senang sikit banyak petua and caranya... tak lah gelabah sensorang bila baby nangis... sayu je rasanya bila Anis nangis... coz alhamdulillah... selama 4 bulan ni, dia anak yang baik, tak banyak ragamnya.. senang menjaganya... bila sesekali menagis, mengalir air mata dia, Ummi nya sekali rasa nak meleleh air mata (memang dah meleleh pun huhuh)...

Ni lah si cheeky Anis Safia yang bam bam tomei...gerem je Ummi kat dia hihi... saje je.. nak publish entri yg penuh gambar dia x siap2.. letak dulu yg ni... (sam tak muke mcm bee kat tepi tu hahaha tetibe je perasan gambar bee tu)
 


... sibuk jaga badan hahahah (melebih2 je bunyinya...).. kata orang, nak tawan hati suami, kenalah jaga badan macam biola.. hehe.. masalahnya, before kawin pun memang takde bentuk biolanya... tong drum je.... tapi sejak kawin ni, banyak plak nampak orang sakit2 kerana obesity... so, saya sedang berusaha untuk mengurangkan berat badan for health + tawan hati suami (hihi walaupun dia ckp dia x kisah.. but we always want the best and give the best kan isteri-isteri diluar sana hihi) tak salah mencuba.. kalau slim.. bonus untuk dia yg tak kisah...

So inilah Azam tahun baru.. tak nak banyak2 list lagi.. biar datang satu2 apa yg dihajati... Untuk merealisasikannya... saya membuat beberapa usaha..

  •  Banyak kan cari info about diet..contoh mcm entri saya yg terdahulu disini.  

  • Cari teknik atau cara yang bersesuaian. Previously saya guna cara HERBALIFE, dan kurang about 19kg  in 6 months.. but tak tahan coz money money money.. time ni kredit card tak hingat... tapi sekarang alhamdulillah.. bebas hutang (except PTPTN hihih...).. Selain tu minum HL kena jaga makan sungguh2 (for me la...) berenti sehari berat naik balik.. jenih senang naik berat ni susah skit.. pastu susah nak maintain sebab breastfeed baby..slalu je lapar... bila lapar nak cari biskut jacob dengan milo..camna tu...hmmm... So saya cuba something new. Saya beli Premium Beauty from my dear friend LadyNaza yang memberikan service yang superb hihih...(betoi.. x tipu ) Alhamdulillah... mungkin cara ni serasi... saya baru pakai dalam 10 hari... so far saya dapat turun 1.7kg... saya rasa cepat tu dengan makan sesuka hati.. (betul x tipu ni..)

  • Letakkan lilyslim ticker kat blog ni..hihi.. bukan nak menunjuk..tapi nak monitor... satu sebab saya ni cepat demotivated.. so buat la cara ni untuk sentiasa motivatekan diri and keep on track... Saya sangat kagum dgn Cik Adieha yang update apa yg dimakan hari2 untuk keep on track..saya cuba jgk..tapi x mampu hihi... cukup kot dengan lilyslim ticker buat masa ni haha... kita tengok di masa hadapan cam mana.

  • Next step.. cari support... cari org yang boleh encourage and monitor...for me, of course my dear hubby..huhu dia sgt strict... waktu nak beli PB, puas jgk la buat proposal.. ye lah bendanya quite costly... bila dah beli, dia sentiasa ingatkan..jangan malas2.. pakai hari2... although panas ke hape ke.. selain tu, saya cari member2 yang supportive and also tengah diet jugak a.k.a orang yang tengah diet nak kawin hihih.. bagus macam ni coz boleh sentiasa saling motivate and sharing info... 
  •  lain2..takde dah kot hihih... kalo ade saya update lagi hihih..

 P/s: nanti saya share apa yang saya rasa masa pakai PB... oleh kerana saya bukan dealer ke hape ke.. so takde bias... memang tulus dari hati pengalaman apa yg saya rasa... wait ah...tgu siap hantar thesis ni...






Saturday, January 07, 2012

Info berguna about diet

Assalamualaikum..

Entri kali ni copy paste..hihi...
Info ni saya copy from this blog...


Tip mengurangkan berat badan

Arini tak mau post entry lawak dah..aku dh boring ari2 entry lawak ehehehe..nk post entry kesihatan plak..im on diet okay..lihat pinggang ku ramping kan hehehehe...tak ingt aku iklan ape yg ckp mcm tu..hehe..jom kuruskan badan okey..

1) Elakkan penurunan berat badan yang cepat
Apabila berat badan anda berkurangan dengan cepat, kebiasaannya badan anda hanya kehilangan glikogen (karbohidrat) dan air, bukannya lemak. Badan anda akan menghantar isyarat ke otak yang anda sedang kebuluran dan mengurangkan kadar metabolik, sekaligus melambatkan badan membakar kalori.

2) Gantikan makanan, bukannya elakkan terus
Cuba gantikan makanan kegemaran anda yang tinggi lemak, gula atau garam dengan yang kurang lemak, gula atau garam. Sebagai contoh, gantikan Coke biasa dengan Diet Coke yang kurang gula, susu lemak tinggi dengan susu kurang lemak. Penukaran sebegini tidak akan menjejaskan keinginan untuk makan makanan kegemaran anda secara drastik walau pun pengambilan kalori telah berkurangan.

3) Minum banyak air
Banyakkan minum air putih dan air soya untuk menggantikan air bergas. Air bergas boleh menambahkan kalori anda sebanyak 360 kJ sehari.

4) Banyakkan pergerakan
Banyakkan bergerak dan bersenam akan membakar kalori anda yang berlebihan. Banyak cara untuk anda bersenam termasuklah dengan jogging, pergi ke gim dan sebagainya. Anda juga boleh selitkan aktiviti fizikal dalam kehidupan harian anda dengan berbasikal ke tempat kerja, menggantikan lif dengan menaiki tangga, berjalan ke kedai makan atau pun membuat sit-up sambil menonton TV.

Pakar kesihatan menyarankan anda bersenam 30-45 minit 3-5 kali seminggu. Mungkin agak sukar untuk anda memulakan senaman sehingga 45 minit sehari. Apa kata mulakan dengan 10 minit, 3 kali sehari supaya anda tidak terlalu memaksa diri anda dan yang paling penting, disiplinkan diri untuk melakukannya setiap hari. Bagi para ibu, jangan jadikan sibuk sebagai alasan anda, tetapi cuba cari masa walau pun sebelum tidur untuk melakukan aktiviti fizikal.

5) Mulakan sedikit demi sedikit
Mulakan program penurunan berat badan anda dengan perubahan sedikit demi sedikit dan bukannya secara drastik. Kurangkan sedikit demi sedikit pengambilan makanan tinggi kalori dan gantikan dengan makanan yang berkhasiat. Gantikan minuman manis dengan air putih. Perubahan kecil kebiasaannya akan lebih berkekalan berbanding perubahan yang drastic.

6) Jangan terlebih makan
Pernah dengar ke sunah Rasulullah S.A.W. yang mengunyah perlahan-lahan dan berhenti makan sebelum kenyang? Cuba amalkan dan anda akan melihat perubahannya. Makan sedikit tetapi kerap.

7) Jangan sekat makanan tinggi kalori sepenuhnya
Anda berazam untuk tidak akan menyentuh makanan berlemak lagi! Jangan buat begitu kerana badan anda masih memerlukan lemak tetapi dalam sukatan yang betul dan bukannya berlebihan. Cuba seimbangkan makanan anda dengan sesuatu yang berkhasiat.

8)Kesan jangka masa panjang
Diet singkat dan rutin senaman yang tidak tetap biasanya tidak akan berkekalan. Rancang program penurunan berat badan secara realistik yang mampu anda turuti dan bukan secara drastik. Rekodkan segala perubahan menu, aktiviti fizikal dan apa jua yang anda rasakan berubah termasuk fizikal, emosi dan tahap kesihatan anda. Pastikan program anda bersesuaian untuk jangka masa panjang dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam!

9) Fokus pada sihat, bukannya kurus
Kebanyakan individu yang berjaya mengurangkan berat badan dalam jangka masa panjang akan mengubah objektifnya daripada ingin menjadi kurus kepada ingin menjadi sihat. Tetapkan pemikiran anda dengan memilih makanan yang boleh memberikan nutrient dan khasiat yang optima kepada badan anda. Untuk panduan, rujuk piramid makanan!

10) Atasi tekanan emosi
Emosi yang bercelaru dan tidak stabil boleh menyebabkan anda teruja untuk makan. Cari cara lain untuk mengatasinya dengan meluahkan masalah kepada orang yang rapat dengan anda atau kaunselor. Lakukan juga aktiviti yang boleh menggembirakan anda supaya tekanan anda diatasi.

11) Motivasi
Sokongan dan motivasi merupakan salah satu daripada kunci utama dalam proses untuk menurunkan berat badan. Dapatkan sokongan daripada orang tersayang dan dapatkan nasihat pakar dietitik supaya anda melakukan program diet yang betul dan penuh semangat!

Anis....

...tengah ngarang entri baru.. tiba2 ternampak Anis pnya lilypie....




cantik plak no 3 bulan, 3 minggu 3 hari :D...

p/s:hehe.. jangan marah.. tgh mood motherly (betul ke ape aku tulis ni??? hihi)...

Monday, January 02, 2012

Minyak Yu Yee Cap Limau HARAM????

Assalamualaikum....

Saya mulakan entri tahun baru ni dengan sesuatu yang mengejut kan...
Semasa saya blogwalking tengahari tadi...saya terjumpa entri tentang status Minyak Yu yee cap limau seperti gambar dibawah:




Antara entri yang saya jumpa, disini, sini, sini dan sini... Tapi saya tidak mendapat jawapan yang di cari...
Walau macam mana pun, akibat dilanda was-was, saya dan suami terus buang minyak tu. Dah selamat samak sekali baby, umminya dengan abahnya hihi... Saya memang pakai minyak ni since mengandung.. kembung2 pakai minyak ni...Baby pun sejak lahir dipakaikan minyak ni... Sian baby... disebabkan kekhilafan abah ummi dia, dah terpakai benda yang syubhah... kesimpulannya..carilah minyak2 kampung dari mak bidan yang insya Allah tak pakai benda2 yang kita was was... aduhai...

Ini hanya entri sebagai info sesama Islam.. harap berguna kepada semua...