Tuesday, January 29, 2013

Gosok Gigi Baby

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...hari ni misi menggosok gigi Anis Safia berjaya! hihi... (poyonya Ummi!). Sebenarnya, sejak Cik Maneh Anis Safia (cikgu di nursery panggil sebab suka tersenyum) masuknursery, saya mandikan awal pagi. Jadinya mandi bersama saya. Selalunya mandikan dia asing bila dia bangun tido. Bila mandi dengan Ummi, selalu tengok ummi gosok gigi, dia pon gosok gigi dia pakai jari... Mula lah saya godek-godek cari en.google. Bila masa yang sesuai untuk start berus gigi baby... Rupanya jahil Ummi Cik Maneh ni... Orang dah start berus gusi baby since lahir rupanya untuk membiasakan baby dengan berus gigi... Antara info tentng brus gigi baby boleh di rujuk disini, sini dan sini. Sebenarnya banyak lagi, boleh cari kat en.google ye :D.

Kebtulan pula ada sepupu yang letak entri di facebook teang gosok gigi baby... Memanglah berasa jahilnya sebagai seorang ibu..huhu.. takpelah kan, sekurang-kurangnya masih belum terlambat. So terus ja menjalankan mission cari berus gigi untuk cik maneh. Terjah billion, dapat la dua jenis berus. Berus yang sarug dijari dan berus kecik untuk baby below 2. 

Sumber En.google: Anis punya sama mcm ni tapi berus kaler oren.

Sumber en.google: Anis paling suka yang ni. 

Saya cuba kedua-dua jenis berus. Mula-mula guna yang atas, tapi anis tak nak buka mulut. Kemudian try yang bawah. mungkin lembutkot. mula-mula dia tak nak buka mulut, pastu brus lembut-lembut atas bibir dia sambil nyanyi-nyanyi, dia pun buka mulut dan sangat suka saya gosok gigi dia... sambil nyanyi gelak-gelak lagi... harap-harap berterusanlah lepas ni :D



Tuesday, January 22, 2013

Jom tiru gaya Ummi

Assalamualaikum....

Entry pasal Anis lagi ye :D hehe... Ni 'demam' menulis pasal Anis bukan apa, saya baru transfer gambar-gambar dari kamera dan handphone ke dalam laptop, tengok-tengok gambar Anis yang banyakkkk ni mula la nak mengarang.. Idea mencurah-curah...hihi... 

Anis ni sejak kecil lagi sangat suka buat mimik muka macam-macam... (hehe boleh buat entri baru pasal ni neh! nanti ye)... Tengah saya membelek-belek gambar dia.. jumpa la gambar- gambar di bawah... Layan...


"Pandai tak Anis tiru gaya Ummi?"

Letih sudah.. Nak tido dah :D





Gambar ni diambil masa tunggu abah yang ke bank.. punyalah lama..Ummi dan Anis posing ambil gambar dalam keta... Belek-belek gambar, ek eh.. pandai pulak Anis tiru memek muka Ummi... Ummi angkat jari peace pun dia nak angkat sama hehe...

Jom Shopping di Pasar Kemboja Parit Buntar

Assalamualaikum...

Entry sebelum ni asyik pasal cik Anis je hehe. Kali ni nak entri shopping pulak...
Orang cakap Parit buntar ni syurga pakaian wanita. Kedai2 jual kain baju banyak sangat. Banyak pemborong textile kat sini. Dari tudung ke baju, macam2 jenis, maxi, dress, kurung, kain, baju dah siap, kain tirai tingkap, tudung-tudung dan macam-macam la. Gila dibuatnya... Paling menarik kat sini pasar kemboja setiap jumaat dan isnin, dari pagi sampai petang. Di pasar ni penjualnya kebanyakannya berbangsa kemboja. Sebab tu di namakan pasar kemboja. Disini kain baju dijual dengan harga borong, memang syok gila. Pasar tu dekat sgt dgn rumah saya, dalam 5 ke 10 min saja perjalanan.

 Bulan lepas saya dan family berkesempatan ke pasar ni. Habis semua saya angkut ke pasar ni hehe, mama, adik, adik ipar, kakak saya sekeluarga semua pegi sekali. Pasar ni didirikan di sepanjang jalan di Kg Permatang Tok Mahat. Cara jualannya seperti dibawah ye, ada yang lambak dibawah, ada yang gantung-gantung... Ada yang dalam van ja.. Peringatan, kalo nak datang shopping sini, tinggalkan je anak-anak kecil dengan sesape dalam kereta. Sebab ramai sangat orang dan panas. Jalan 1 jam dah dahaga sebab panas ramai orang. Bawak mineral water.
Layan gambar..

Kain berkodi-kodi, boleh pilih dan beli loose. Kalo ambik sekodi lagi murahlah.

Tudung-tudung design terbaru bergantungan.

Orang tengah pilih baju digital printing ala-ala sutera Desa Murni tu. Di kedai 1 pasang RM60, disini 5 pasang RM100. Kalau nak datang bawak geng. Boleh kongsi2.

My mom and nephews yang hilang arah, ramai orang hehe

taukenye yang pakai tudung biru tu.. Penat dah katanya, duduk melepak je. Orang datang kat dia untuk bayar.

Maxi/dress.. sesuai untuk semua, kain Lycra... tapi tak tanya harga plak coz kelam-kabut nak balik dah time ni.

Selain ni ada juga blouse2, kain pelikat, telekung and etc. Jom review serba sedikit apa yang kami beli dan harganya. Sorri saya lupa nak ambil gambar barang yang kami beli:

Saya beli :

1. Blouse yang biasa beli kat kedai RM45, saya dapat beli 2 helai dgn harga RM28 sehelai. 
2. Kain pelikat (gajah duduk) gred bagus yang saya beli di jalan TAR sehelai RM25, disini cuma RM18. Grab 3 helai untuk hubby. 
3. Kain telekung vietnam : Adik saya beli di Kelantan RM55, disini RM45 kalau tak salah. Telekung ni besar dan sejuk. Untuk saya yang badan besar dan agak tinggi ni, telekungnya dah dekat paras lutut, kainnya pula dah macam puteri Hang Li Po hihi.. maksudnya labuh lah...so tak payah la nak tarik2 ke bawah masa solat sebab takut nampak kaki macam kebanyakan telekung di pasaran.

Kakak saya beli:

1. Blouse harga RM50 dikedai. Dia dapat RM30 sehelai. Grab 2 helai, kurang lagi RM2. So sehelai RM29.
2. Kain pasang digital printing macam sutera Desa Murni tu :RM100-5 pasang. Saya survey dikedai di Parit Buntar, sepasang RM60.
3. T-shirt muslimah, kat kedai RM45 sehelai. Dapat RM20 sehelai.

Sis In Law (Zarifah) :

1. Tudung size XXL denim fabric RM18 (kalo tak silap hehe). Yang ni saya tak arif sgt, Tapi dia cakap mmg murah banyak sgt, she grab 2 helai.
2. Blouse labuh, kat kedai sehelai RM80, dia dapat RM40, grab 2. 
3. Kain pasang macam kakak saya beli juga. RM100 - 5 pasang
4. Kain pelikat macam saya beli RM18 sepasang, grab 2. 
5. T-shirt muslimah, RM18 - grab 3. 

Selain apa yang kami beli, masih banyak benda lain macam tudung-tudung bawal, tudung awning, tudung layer macam-macma fesyen... gila menengoknya... rambang mata. Kalau korang orang yang pandai bargain, lagi la boleh dapat murah hehe. Saya tak pandai bargain, jadi beli je... Sebab harga ditawarkan pon dah lebih murah banyak daripada yang saya selalu beli.

Kalau tak pegi pasar kemboja, pegi pasar malam ngan pasar pagi dia pon dah berlambak2 orang jual kain baju... sampai nak tergolek saya tgk... harga bnyk murah la dari KL sana... Puas hati..so sesape orang utara, jalan-jalan ke parit buntar jom hihi macam iklan Tahun Melawat Perak la plak.


So, itu aja untuk hari ni. See ya in next entri. Kalo ada soalan pasal pasar ni ke ape ke kat Parit Buntar ni bleh drop comment, Insya Allah kalau saya boleh jawab saya jawab.

Monday, January 21, 2013

Jom kita...

MENCONTENGGGGGG!!!!




Pegang pensil macam orang besar...

Sorry for low quality pic, hehe handphone cap ayam :D


Lately ni Anis dah start menconteng. Mula-mula nampak tanda-tanda dia dah nak mula menconteng bila nampak dia melekat kat dinding.... Sambil-sambil tengah memasak, saya intai dia yang melekat kat dinding... apa pulak la yang dia buat ni...Rupanya tengah pegang duit syiling dan tengah menggores-gores dinding...Saya try cari board yang boleh diconteng dan dipadamkan di Econsave tapi tak ada... Nampak je buku kertas lukisan, terus je sambar. cari pensil 2B... selesai haha...

Anis really enjoy menconteng sampaikan abah balik kerja pon dia tak heran... selalu dengar bunyi moto abah je dia dah tunggu depan pintu :D.. Anis..Anis... Semoga cepat membesar, sihat, pintar dan cerdas. Boleh teman Ummi study hihi :D..




Saturday, January 19, 2013

Tabiat Baru Anis

Assalamualaikum :)

Sejak akhir-akhir ni Anis suka sangat pakai sesuatu atas kepala. Apa sahaja yang dia minat hehe. Antaranya:

1. Cekup kepala Ummi. Ambik dan pakai sendiri pulak tu...

posing posing hihi
 2. Selimut : pun pakai sendiri...

Suka la tu :D
 3. Seluar tido dia... Diambilkan dan suruh Ummi pakaikan.... Sepanjang malam berjalan sambil posing depan abah hihi




4. Kain lampin dia. Selalunya diletakkan ja atas kepala, tapi tak dapat pulak cari gambarnya. Yang ni saya simpulkan jadi macam turban (haha poyonya Ummi!)



5. Baju abah pon jadilah... hihi anis anis...


6. Kopiah abah :D... Ni yang paling popular.. Hari-hari mesti nak pakai kopiah abah :D

Tak pakai baju pon takpa, asalkan dapat pakai kopiah abah hihi
Tengah betul-betulkan kopiah.. (waktu ni tengah azan.. kunun nak solat la tu haha)

Comei... tapi macam budak laki huhu...
 Sekian sudah ceritera Anis Safia :D


Amalan mengurangkan morning sickness

Assalamualaikum....

Actually entri ni dah lama dalam draf. haha... Entri ni dibuat masa saya mabuk teruk semasa mengandung... Masa tu pulak tengah menyiapkan thesis masters. Alhamdulillah, lega rasanya selepas semua dah siap, baca balik entri yang tak di post ni, saya ingin berkongsi pengalaman saya untuk mengurangkan mabuk. FYI saya mabuk mengandung sampai kandungan saya masuk 8 bulan...

Pengalaman menulis thesis dengan mabuk yang sangat teruk sangat menguji iman hihi.... Walaupun dah masuk 5 bulan, tapi mabuk aka morning sickness sangatlah tak tentu arah waktu tu... kadang2 bangun pagi dah kelepet... dari subuh sampai ke malam ulang ke tandas je. ada juga pengalaman hari-hari yang sangat tidak bernasib baik... duduk bersila terus kat dalam tandas... Hari yang paling teruk, 20x muntah...nyaris-nyaris saja nak masuk hospital :D...tapi alhamdulillah... tak masuk hihi... 

Antara cara saya nak hilangkan mabuk...
1. Makan buah
2. Tido
3. Makan ubat (Salindah B1)

Ini ubatnya... (sumber En.google :D)




Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya amalkan Salindah B1 sahaja (sejenis ubat homeopati), mabuk saya terus berkurangan. Bukanlah tak mabuk langsung, tetapi kurang banyaaaaaaaaaaakkkk sangat. Kenapa saya katakan banyak sangat? Sebab purata saya muntah sehari adalah antara 15-20kali. Setelah saya makan supplement ni, kadar muntah sehari adalah 3-5 kali sehari. banyak kan perbezaannya. Walaupun selera makan tak bertambah, tetapi badan saya tidak letih melayan loya dan muntah berterusan... Parah jugak, kemana-mana pegi kena bawa plastik, sebab kalau nak muntah bukannya kira dimana. Nak keluar terus sahaja dia keluar. So, kepada yang mabuk teruk, mungkin ini dapat membantu.

P/S: Saya bukan tukang promo barang atau ejen Salindah. Cuma nak share info untuk membantu sesama manusia. Peace no war !


Friday, January 18, 2013

Entry Pertama Tahun 2013

Assalamualaikum :)

SELAMAT TAHUN BARU ( walaupun 17 hari dah berlalu hihi )
Lama saya tak berblogging disebabkan tak ada internet.
Diam tak diam dah 6 bulan saya tak berblogging. Banyak yang dah berlaku selama saya tak berblogging. 
Antaranya:

Ogos : Akad nikah adik bongsu kesayangan hihi 


2 pasang pengantin sekali khutbah

   
Antara hantaran hasil tangan saya buat adik yi...


Pengantin dengan hantaran kedua-dua belah pihak.
Finally, husband and wife : Mohd.Fadzli & Zarifah.. (My fav hantaran yang saya gubah adalah bunga tangan a.k.a mas kahwin tu RM1001...Bak sini hehe)

Abah dan Anis interframe haha.

Sept: Cik Anis bam bam cukup setahun hihi... just mini celebration antara kami je. Bawak Anis keluar jalan-jalan, makan-makan. Almaklumlah.. kami tinggal dengan MIL. Kalau nak buat celebration, semua kena jemput sebab keliling rumah semua sedara MIL & FIL. Lagi adik beradik suami dah 8 beradik. Pulak orang jawa kalau buat kenduri/jamuan kena besar-besar sebab sedara ramai. Bila memikirkan kosnya... Takpelah ye cik Anis bam bam... Insya Allah tahun-tahun depan Ummi Abah buat celebration ye... 

Okt: Yay! Finally my Master's Convo hihi...Setelah bekerja keras, sambil mabuk-mabuk tulis thesis, finally susah payah dah berbayar... 6 Okt 2012 hasil kerja dan researchku akhirnya diiktiraf hihi (poyo!). Pada bulan ni juga akhrnya kami berpindah keluar dari rumah MIL. Alhamdulillah, saya dah pun berpindah dari rumah MIL dan keluar dari Selangor. Bye-bye Selangor... tak jauh, masuk Perak je hehe... Sekarang saya, suami dan cik kecik Anis Safia berpindah ke Parit Buntar, bersempadan dengan Bandar Bharu dan Nibong Tebal.  Kenapa kami berpindah? Sebab saya nak sambung belajar di USM Campus Engineering, Nibong Tebal. So sekarang dah dekat dengan rumah mama saya (1 jam jugak la perjalanan ke Kota Kuala Muda) hihi best sebab boleh balik selalu hahaha (jangan cakap kat hubby saya ye :D) Nak balik rumah MIL di Jeram, Kuala Selangor pulak ambik masa 3 ke 4 jam (tengok trafik dan mood En. Driver haha).

Nov: Our second Anniversary... Pon tak celebrate dimana-mana, cuma dirumah kerana hubby baru dapat kerja dan kerjanya 12 jam sehari (8am-8pm). So saya cuma masak-masak special sikit dari biasa and candle light dinner kat rumah bertiga dengan cik anis bambam hihi... Tiada exchange hadiah this year, cuma exchange words and promises :).. cukuplah dengan keadaan financial yang sangat terhad due to the pindah rumah... Thanks sayang kerana tak lupa dan berkorban demi ayang. That is the best present for me...

This month jugak majlis perkahwinan adik bongsu yang akad bulan 8 yang lepas. Untuk majlis ni adik yi (adik saya pengantin lelaki) pertanggungjawabkan saya hias bilik tido, buatkan bunga tangan untuk my SIL, dan bunga hiasan meja makan.. tapi last minute dia mintak buatkan hiasan background meja makan beradab..so tengoklah cacamarbanya hiasan kat belakang tu haha :P.  Layan gambar, tema - hijau ungu.






 Dis: Nothing special... masih lagi struggling hehe. Cuma dapat beli peti sejuk dan washing machine auto idaman hati... Saya suka :D.. Dua-dua LG. Alhamdulillah..rezeki kot, dapat beli peti yang besar sikit dan washing machine dengan load besar sikit dengan harga yang kurang beberapa ratus kurang dari harga biasa. Apa rahsianya?? haha rahsialah sangat. SURVEY!. Kami survey semua kedai elektrik kat Parit Buntar. Puas hati!. Haha.. Kami beli di SEC.. banyak rangkaian diutara ja rasanya kedai ni. Satu lagi tengah promotion akhir tahun. Dapat lagi penghantaran dan installation percuma. Sangatlah penting kepada saya sebab husband tak ada dirumah untuk install. Balik rumah kesian pulak dia dah letih kerja. So, service memang perfect. Husband cuma perfectkan lagi dengan wiring ja on weekend :D. 

Jan: Bulan sakit haha... Semasa saya menulis ni, saya masih lagi belum betul-betul sihat. Dilanda demam, gastrik, muntah dan cirit-birit serentak sejak tiga hari yang lepas. Tragedi ni bermula dengan hubby demam pada hari Jumaat lepas. Kemudian jangkit kepada cik Anis bambam. Cian Anis Safia, demam surut, batuk dan selsema pulak menyerang. Lepas sehari Anis demam, saya pulak start demam, muntah cirit birit dan gastrik. Mungkin sebab tak tido malam jaga anis yang tak dapat tido, dan lupa nak makan kerana risaukan Anis, then gastrik menyebabkan semuanya menjadi semakin parah huhuh... Pegi klinik doktor terus cucuk kat b*n**t sebab dah teruk sangat.. 5 jenis ubat perlu makan untuk 5 hari... Haih... cepatlah baik... Badan keletihan, jaga Anis pon rasa tak bermaya. Nak mengurus rumahlah satu cabaran yang paling besar. Sebab saya perlu masak untuk bekal hubby sebab tempat kerja baru ni baru operate. Kantin pon tak ada lagi... Baju kerja hubby perlu bertukar sebab tempat kerja panas, kuat berpeluh..(susah jugak keje tempat baru buka ni, segala facility belum complete). 

So itulah serba sedikit update hehe... Will write again insya Allah :)

See ya !