Friday, October 18, 2013

Perubahan Hari Pasar Kemboja (Isnin,Jumaat dan Sabtu)

Assalamualaikum semua....

Maaf lama tak update blog (hehe macam la ramai peminat blog ni...). Kesempitan masa nak update blog sekarang. Rasa bersalah juga nak update blog tetapi paper jurnal belum siap bertulis :D...

Ini sedikit update untuk peminat Pasar Kemboja. Mungkin agak terlewat sikit saya update. Bermula 2 minggu lepas, Pasar Kemboja dah di buka pada hari Sabtu. Bermakna Pasar kemboja dibuka 3 hari iaitu Isnin dan Jumaat seperti biasa di tambah Sabtu pula :D. Ini berita buat setakat ini lah... Nanti kalau ada pertukaran lagi saya akan inform di blog ni.

Kisahnya Majlis Perbandaran Kerian tak izinkan Pasar Kemboja dibuka pada hari Isnin dan Jumaat. Jadinya pada hari Isnin dan Jumaat, penjual2 disebelah jalan Perak terpaksa berpindah ke jalan sebelah pulau pinang. Seperti semua maklum, Pasar Kemboja ni berada disempadan 2 negeri, Perak dan Pulau Pinang.
Baca berita di link ini: http://www.peraknews.com/berita-negeri/10278-kekecohan-pasar-kemboja-di-parit-buntar

Jumaat yang lepas saya ada pegi kejap, nampaknya tak berapa ramai sangat penjual yang berpindah ke jalan sebelah. Mungkin belum betul2 dapat beroperasi kerana masalah tempat. Yang pastinya, jalan disebelah Perak memang kosong. Hanya hari Sabtu diaorang buka kedai di jalan sebelah Perak. Jadi ini berita baik buat sesiapa yang tak dapat pegi Pasar Kemboja sebelum ni...

Ok, Selamat Bershopping, saya nak kena sambung tulis paper jurnal huhu...

See ya in next entry :)

14 comments:

  1. Assalamualaikum... saya nak tanya, sekarang pasar kemboja ni buka tak hari Jumaat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berita yang baru saya terima beberapa hari lepas katanya hari jumaat dan isnin tak kan ada lagi pasar kemboja. pasar akan dibuka hari Sabtu sahaja sekarang...

      Delete
    2. saya pn nk tau pasar kemboja buka pd hari jumaat tak

      Delete
    3. Ikut maklumat yang saya dapat, start miggu ni dah tak buka hari jumaat dan isnin... Hari sabtu saja buka.

      Delete
    4. Trima ksih afifah..nmpak gaya nya kak kena p pd ary sabtu lah...insyallah kak akn pergi dgn kwn2 tpt keje kak...afifah biasa nya tambang teksi dr pekan parit buntar ke pasar kemboja berapa harga nya...

      Delete
    5. Sama2 akak. Tak sure plak saya tambang berapa sebab tak penah naik. tapi ada kawan naik dari parit buntar ke USM dalam rm10. Parit buntar ke pasar kemboja lebih dekat dari ke USM. mgkn kurang drpd rm10 kot. Masa naik akak kena amik no telefon teksi. sebab susah nak dapat teksi kawasan pasar kemboja tu... Nanti susah nak balik :)

      Delete
    6. Hari sabtu baru ni 21hb kak ada p pasar kemboja...kak naik bas bumi wijaya...tambang rm4.00 shj...turun kat selamat dtg parit buntar jalan kaki sikit aje..blek kak naik teksi rm6.00 p station parit buntar..kami p 5 org semua...trma kasih byk2... kerana info afifah sampai jugak kami ke pasar kemboja.

      Delete
    7. Alhamdulillah :)... Semoga maklumat berguna pada semua :)

      Delete
  2. Salam Dik,
    Akak nak tanya, pasar kemboja tu bukak dari jam brp dan abis jam brp? Berminat nak pegi. Kalo Sabtu pun beroperasi mudah la nak pegi sbb Isnin-Jumaat waktu keje. Akak dok kat Lumut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.... Pasar tu buka dari pagi sampai tengahari... Selalu saya pegi pkl 7 dah buka dah... saya balik 12.30, pasar masih lagi ada... Tapi untuk masa yang terbaru ni saya tak pasti... rasanya sama je kot...

      Delete
    2. cadang raya cina ni nak p lagi...

      Delete
    3. Kena awal tu kak. jangan jadi mcm sblm ni. ada orang contact saya dia dtg dr ipoh, hari tu cuti nuzul quran kot kalo tak silap. sampai kat tol bandar bharu jam. Parit buntar pon jam orang pegi pasar kemboja... :D
      Last2 patah balik sebab nak masuk ke kawasan parit buntar pon susah sangat.

      Delete
  3. Salam sis..
    Mmg cnfirm ae pasa tu hr sabtu? Sye ingt nk ke pasa tu time raye cine nh..hehe..

    ReplyDelete
  4. salam sis. kat pasa ni tudung jenis wideshawl ad x erk ? teringin nk g borong :)

    ReplyDelete