Assalamualaikum...
Entri ni hanya sekadar untuk berkongsi... Mungkin boleh di buat amalan bagi yang ingin menimang cahaya mata...
Bagi saya dan suami, kami memang ingin menimang cahaya mata dengan segera, kerana kami dah dikira tertinggal bas.. ramai antara kawan2 sudah ada anak at least sorang dan dah boleh jalan... kami pulak baru nak kayuh..
Awal perkahwinan, saya agak sensitif... ramai kawan2 yg kahwin in the same month atau a bit later than us dah ada tanda2 mengandung while for me, takde apa2 lagi... bila datang period terus menangis... Coz we really hope to have a baby... Tambah lagi di tempat study ni ramai yg pregnant... yang dah kawin, saya sorang je yang belum... Lagi lah terasa....
So one of my friend ajarkan doa yang diamalkan oleh dia dan hubby untuk dapat anak... Doanya macam ni...(amalkan sebagai zikir sepanjang masa...)
Makna nya lupa plak saya nak cari...tapi boleh la di cari dalam tafsir kerana saya sertakan juga surah dan ayatnya..
Selain tu, amalan2 lain yang boleh di amalkan:
Amalan pertama.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
· Baca Bismillah 1 kali
· Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
· Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
· Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
· Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalan kedua.
· Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
· Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari
· Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
· Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.
Alhamdulillah, setelah mengamalkan doa ini, kami mendapat berita saya mengandung 4 minggu...Sekarang...dah masuk 7 minggu... :D
Kita hanya berusaha... mungkin ini ikhtiar yang boleh kita lakukan... tetapi semuanya terletak pada ketentuan Allah... Setelah brusaha, bertawakkallah...
Wallahu'alam....
Semoga entry ini memberi manafaat untuk kita bersama :D