Friday, January 18, 2013

Entry Pertama Tahun 2013

Assalamualaikum :)

SELAMAT TAHUN BARU ( walaupun 17 hari dah berlalu hihi )
Lama saya tak berblogging disebabkan tak ada internet.
Diam tak diam dah 6 bulan saya tak berblogging. Banyak yang dah berlaku selama saya tak berblogging. 
Antaranya:

Ogos : Akad nikah adik bongsu kesayangan hihi 


2 pasang pengantin sekali khutbah

   
Antara hantaran hasil tangan saya buat adik yi...


Pengantin dengan hantaran kedua-dua belah pihak.
Finally, husband and wife : Mohd.Fadzli & Zarifah.. (My fav hantaran yang saya gubah adalah bunga tangan a.k.a mas kahwin tu RM1001...Bak sini hehe)

Abah dan Anis interframe haha.

Sept: Cik Anis bam bam cukup setahun hihi... just mini celebration antara kami je. Bawak Anis keluar jalan-jalan, makan-makan. Almaklumlah.. kami tinggal dengan MIL. Kalau nak buat celebration, semua kena jemput sebab keliling rumah semua sedara MIL & FIL. Lagi adik beradik suami dah 8 beradik. Pulak orang jawa kalau buat kenduri/jamuan kena besar-besar sebab sedara ramai. Bila memikirkan kosnya... Takpelah ye cik Anis bam bam... Insya Allah tahun-tahun depan Ummi Abah buat celebration ye... 

Okt: Yay! Finally my Master's Convo hihi...Setelah bekerja keras, sambil mabuk-mabuk tulis thesis, finally susah payah dah berbayar... 6 Okt 2012 hasil kerja dan researchku akhirnya diiktiraf hihi (poyo!). Pada bulan ni juga akhrnya kami berpindah keluar dari rumah MIL. Alhamdulillah, saya dah pun berpindah dari rumah MIL dan keluar dari Selangor. Bye-bye Selangor... tak jauh, masuk Perak je hehe... Sekarang saya, suami dan cik kecik Anis Safia berpindah ke Parit Buntar, bersempadan dengan Bandar Bharu dan Nibong Tebal.  Kenapa kami berpindah? Sebab saya nak sambung belajar di USM Campus Engineering, Nibong Tebal. So sekarang dah dekat dengan rumah mama saya (1 jam jugak la perjalanan ke Kota Kuala Muda) hihi best sebab boleh balik selalu hahaha (jangan cakap kat hubby saya ye :D) Nak balik rumah MIL di Jeram, Kuala Selangor pulak ambik masa 3 ke 4 jam (tengok trafik dan mood En. Driver haha).

Nov: Our second Anniversary... Pon tak celebrate dimana-mana, cuma dirumah kerana hubby baru dapat kerja dan kerjanya 12 jam sehari (8am-8pm). So saya cuma masak-masak special sikit dari biasa and candle light dinner kat rumah bertiga dengan cik anis bambam hihi... Tiada exchange hadiah this year, cuma exchange words and promises :).. cukuplah dengan keadaan financial yang sangat terhad due to the pindah rumah... Thanks sayang kerana tak lupa dan berkorban demi ayang. That is the best present for me...

This month jugak majlis perkahwinan adik bongsu yang akad bulan 8 yang lepas. Untuk majlis ni adik yi (adik saya pengantin lelaki) pertanggungjawabkan saya hias bilik tido, buatkan bunga tangan untuk my SIL, dan bunga hiasan meja makan.. tapi last minute dia mintak buatkan hiasan background meja makan beradab..so tengoklah cacamarbanya hiasan kat belakang tu haha :P.  Layan gambar, tema - hijau ungu.






 Dis: Nothing special... masih lagi struggling hehe. Cuma dapat beli peti sejuk dan washing machine auto idaman hati... Saya suka :D.. Dua-dua LG. Alhamdulillah..rezeki kot, dapat beli peti yang besar sikit dan washing machine dengan load besar sikit dengan harga yang kurang beberapa ratus kurang dari harga biasa. Apa rahsianya?? haha rahsialah sangat. SURVEY!. Kami survey semua kedai elektrik kat Parit Buntar. Puas hati!. Haha.. Kami beli di SEC.. banyak rangkaian diutara ja rasanya kedai ni. Satu lagi tengah promotion akhir tahun. Dapat lagi penghantaran dan installation percuma. Sangatlah penting kepada saya sebab husband tak ada dirumah untuk install. Balik rumah kesian pulak dia dah letih kerja. So, service memang perfect. Husband cuma perfectkan lagi dengan wiring ja on weekend :D. 

Jan: Bulan sakit haha... Semasa saya menulis ni, saya masih lagi belum betul-betul sihat. Dilanda demam, gastrik, muntah dan cirit-birit serentak sejak tiga hari yang lepas. Tragedi ni bermula dengan hubby demam pada hari Jumaat lepas. Kemudian jangkit kepada cik Anis bambam. Cian Anis Safia, demam surut, batuk dan selsema pulak menyerang. Lepas sehari Anis demam, saya pulak start demam, muntah cirit birit dan gastrik. Mungkin sebab tak tido malam jaga anis yang tak dapat tido, dan lupa nak makan kerana risaukan Anis, then gastrik menyebabkan semuanya menjadi semakin parah huhuh... Pegi klinik doktor terus cucuk kat b*n**t sebab dah teruk sangat.. 5 jenis ubat perlu makan untuk 5 hari... Haih... cepatlah baik... Badan keletihan, jaga Anis pon rasa tak bermaya. Nak mengurus rumahlah satu cabaran yang paling besar. Sebab saya perlu masak untuk bekal hubby sebab tempat kerja baru ni baru operate. Kantin pon tak ada lagi... Baju kerja hubby perlu bertukar sebab tempat kerja panas, kuat berpeluh..(susah jugak keje tempat baru buka ni, segala facility belum complete). 

So itulah serba sedikit update hehe... Will write again insya Allah :)

See ya !


No comments:

Post a Comment