Assalamualaikum...
Entry sebelum ni asyik pasal cik Anis je hehe. Kali ni nak entri shopping pulak...
Orang cakap Parit buntar ni syurga pakaian wanita. Kedai2 jual kain
baju banyak sangat. Banyak pemborong textile kat sini. Dari tudung ke
baju, macam2 jenis, maxi, dress, kurung, kain, baju dah siap, kain tirai tingkap, tudung-tudung dan macam-macam la. Gila
dibuatnya... Paling menarik kat sini pasar kemboja setiap jumaat dan
isnin, dari pagi sampai petang. Di pasar ni penjualnya kebanyakannya berbangsa kemboja. Sebab tu di namakan pasar kemboja. Disini kain baju dijual dengan harga borong,
memang syok gila. Pasar tu dekat sgt dgn rumah saya, dalam 5 ke 10 min saja
perjalanan.
Bulan lepas saya dan family berkesempatan ke pasar ni. Habis semua saya angkut ke pasar ni hehe, mama, adik, adik ipar, kakak saya sekeluarga semua pegi sekali. Pasar ni didirikan di sepanjang jalan di Kg Permatang Tok Mahat. Cara jualannya seperti dibawah ye, ada yang lambak dibawah, ada yang gantung-gantung... Ada yang dalam van ja.. Peringatan, kalo nak datang shopping sini, tinggalkan je anak-anak kecil dengan sesape dalam kereta. Sebab ramai sangat orang dan panas. Jalan 1 jam dah dahaga sebab panas ramai orang. Bawak mineral water.
Layan gambar..
Bulan lepas saya dan family berkesempatan ke pasar ni. Habis semua saya angkut ke pasar ni hehe, mama, adik, adik ipar, kakak saya sekeluarga semua pegi sekali. Pasar ni didirikan di sepanjang jalan di Kg Permatang Tok Mahat. Cara jualannya seperti dibawah ye, ada yang lambak dibawah, ada yang gantung-gantung... Ada yang dalam van ja.. Peringatan, kalo nak datang shopping sini, tinggalkan je anak-anak kecil dengan sesape dalam kereta. Sebab ramai sangat orang dan panas. Jalan 1 jam dah dahaga sebab panas ramai orang. Bawak mineral water.
Layan gambar..
Kain berkodi-kodi, boleh pilih dan beli loose. Kalo ambik sekodi lagi murahlah. |
Tudung-tudung design terbaru bergantungan. |
Orang tengah pilih baju digital printing ala-ala sutera Desa Murni tu. Di kedai 1 pasang RM60, disini 5 pasang RM100. Kalau nak datang bawak geng. Boleh kongsi2. |
My mom and nephews yang hilang arah, ramai orang hehe |
taukenye yang pakai tudung biru tu.. Penat dah katanya, duduk melepak je. Orang datang kat dia untuk bayar. |
Maxi/dress.. sesuai untuk semua, kain Lycra... tapi tak tanya harga plak coz kelam-kabut nak balik dah time ni. |
Selain ni ada juga blouse2, kain pelikat, telekung and etc. Jom review serba sedikit apa yang kami beli dan harganya. Sorri saya lupa nak ambil gambar barang yang kami beli:
Saya beli :
1. Blouse yang biasa beli kat kedai RM45, saya dapat beli 2 helai dgn harga RM28 sehelai.
2. Kain pelikat (gajah duduk) gred bagus yang saya beli di jalan TAR sehelai RM25, disini cuma RM18. Grab 3 helai untuk hubby.
3. Kain telekung vietnam : Adik saya beli di Kelantan RM55, disini RM45 kalau tak salah. Telekung ni besar dan sejuk. Untuk saya yang badan besar dan agak tinggi ni, telekungnya dah dekat paras lutut, kainnya pula dah macam puteri Hang Li Po hihi.. maksudnya labuh lah...so tak payah la nak tarik2 ke bawah masa solat sebab takut nampak kaki macam kebanyakan telekung di pasaran.
Kakak saya beli:
1. Blouse harga RM50 dikedai. Dia dapat RM30 sehelai. Grab 2 helai, kurang lagi RM2. So sehelai RM29.
2. Kain pasang digital printing macam sutera Desa Murni tu :RM100-5 pasang. Saya survey dikedai di Parit Buntar, sepasang RM60.
3. T-shirt muslimah, kat kedai RM45 sehelai. Dapat RM20 sehelai.
Sis In Law (Zarifah) :
1. Tudung size XXL denim fabric RM18 (kalo tak silap hehe). Yang ni saya tak arif sgt, Tapi dia cakap mmg murah banyak sgt, she grab 2 helai.
2. Blouse labuh, kat kedai sehelai RM80, dia dapat RM40, grab 2.
3. Kain pasang macam kakak saya beli juga. RM100 - 5 pasang
4. Kain pelikat macam saya beli RM18 sepasang, grab 2.
5. T-shirt muslimah, RM18 - grab 3.
Selain apa yang kami beli, masih banyak benda lain macam tudung-tudung bawal, tudung awning, tudung layer macam-macma fesyen... gila menengoknya... rambang mata. Kalau korang orang yang pandai bargain, lagi la boleh dapat murah hehe. Saya tak pandai bargain, jadi beli je... Sebab harga ditawarkan pon dah lebih murah banyak daripada yang saya selalu beli.
Kalau tak pegi pasar kemboja, pegi pasar malam ngan pasar
pagi dia pon dah berlambak2 orang jual kain baju... sampai nak tergolek saya tgk... harga bnyk murah la dari KL sana... Puas hati..so sesape orang utara, jalan-jalan ke parit buntar jom hihi macam iklan Tahun Melawat Perak la plak.
So, itu aja untuk hari ni. See ya in next entri. Kalo ada soalan pasal pasar ni ke ape ke kat Parit Buntar ni bleh drop comment, Insya Allah kalau saya boleh jawab saya jawab.
wah...murah nyer kain pasang 5 - rm100...
ReplyDeleteMurah sangat... Baru2 ni saya ada pegi lagi, ada design baru digital printing with stone, lebih cantik, boleh dapat dalam RM38 sepasang. tapi kena ambil 10 helai lah... kalau beli sepasang RM45 kalau tak salah...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
ReplyDeleteSalam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
sis, tumpang tanya.. exact location kat mana? saya nak pergi jumaat ni la...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteaRniNasir: Dah pegi kepasar kemboja? Minta maaf lambat reply,saya baru check comment. Nak cari pasar kemboja senang je. Mula2 cari hotel Damai. Kalau hotel berada disebelah kanan awak, kiranya jalan tu dah btul... trus je ikut jalan tu sampai ke hujung jalan (simpang T). Belok kiri... Jalan ke depan sikit,gerai2 pasar kemboja berada di kiri kanan jalan...Tempat ni susah parking. kalau nak senang,datang before pkl 9... senang sikit parking.
Deletewah bestnya.batik sutera degital yg berbatu ada jual tak?
ReplyDeleteBatik sutera digital x ada lah sis... cuma kain pakai biasa je lah..saya tak tau la apa nama kainya, tapi kain sejuk dan lembut... tambah batu2.. memangsangat cantik..stiap kali pegi rasa geram sgt tgk baju2 tu..kain cotton pun ada... comel2 print bunganye...
Deletesampai sekarang ada..cuma Hari sabtu saja buka..and satu lagi gedung Barang2 Kemboja tiap2 hari ada jual barang dari vietnam,Thailand n Kemboja.Berhadapan dgn Econsave Parit Buntar,sebelah kanan dibelakang kedai repair kereta and kedai makan.
Deletesampai sekarang ke pasar ni ada?
ReplyDeleteYa, pasar ni masih ada sampai sekarang...
Deletewah best ni...rumah mak mertua kat parit buntar...boleh x tahu...balek nanti nak g lah...tapi tu lah x buka lak santu ahad...nak tunngu jumaat atau senin jer...
ReplyDeleteg juga lah...macam best jer...
pegi jangan x pegi. :-D
DeleteWeekend pon ada jgk ke.. pukul brapa yea
ReplyDeleteWeekend x adelah sis. cuma hari jumaat dgn isnin sahaja.
DeleteWeekend pon ada jgk ke.. pukul brapa yea
ReplyDeletesis... yg pasar malam n pasar pagi tu kat mana pulak ye....
ReplyDeletePasar malam pulak dekat pekan lama, dekat dgn bulatan jam besar, setiap hari Jumaat.
ReplyDeletePasar pagi setiap hari ahad, disekeliling market ditengah-tengah pekat paru parit buntar.
salam..pasar ni abis pukul berapa?
DeleteSalam sya nk mniaga nk ambk secara borong hrga mcm mna blh tk msg sya 012410 4467 zam
DeleteSya brmnat mmbli scara borong 0124104467 zam bgaimna cranya
DeleteAssalamualaikum, maaf ye 'kehidupan dan 'melza shop' lambat reply. Saya tak berinternet beberapa hari.
Delete'kehidupan' - saya tak pasti habis pukul berapa pasar ni. paling lewat saya pernah balik pukul 12.30 dan pasar masih berjalan mcm biasa. ada yg ckp smpai petang. tapi saya tak berani comfirm.
'Melza shop' - Nanti saya msg.
salam..hye semua..saya orang parit buntar..terima kasih utk review ni..bangga sekejab..hehe..kalau nak senang prking kat pasar kmboja ni kena parking dari belakang(side perak) kalau yg ada sekolah rendah permatang tok mahat tu side penang dan lintas jalan tu side perak..tapi kalau orang luar mgkin ssh skit nak cari parking tu..pasar tu smpai pukul 12.30pm..hari jumaat lebih meriah dari hari isnin..
ReplyDeleteKak tolong tukar background tulisan tk blh nk baca
Deletesalam sis, nak tanya, macam mana dengan kualiti kain yang sis beli tu? kain jenis macam mana yang sis rasakan terbaik? kain-kain yang dijual adakah diimport dari kemboja?
ReplyDeleteWaalaikumussalam sis, kat pasar kemboja ni ada banyak jenis kain... yang saya pernah beli cuma 2 jenis . Satu yang sepasang RM20. Yang ni kainnya panas, tapi nipis dan sedikit jarang. Kain ringan, tapi mudah pcah di tepi, so saya tak rekemen la untuk beli. satu jenis lagi RM40 berbatu. Boleh rujuk entry saya yang seterusnya tentang pasar kemboja. Kalau beli banyak boleh dapat RM38 sepasang. tapi kena 10 pasang ke atas. Kainnya sejuk sangat dan sangat cantik2,Kain tak mudah pecah dan batu tak jatuh walaupun basuh dengan washing machine. Kain jenis yang sama, ada jugak yang tak berbatu... harganya rm30 kalau tak salah. beli banyak dia bagi RM28 sepasang...
DeleteKain ni saya tak pasti datang dari kemboja atau tak, cuma yang pasti penjualnya dari kemboja, tapi fasih cakap melayu slang kelantan :D
salam tumpang tanya, kalau saya berminat nk buka tapak berniaga kat pasar ni macam mana ? tolong sms/coll 0197280801 za
Deletesoalan ni tak dapat saya jawab. saya tak tau mcmana prosesnya dan siapa yang uruskan tempat ni...
DeleteSalam kak..blh c bg ni tel akak..Sy otway ke sana..kali pertama nk g ni..mintak2 sempat borong kain pasang dan tudung
ReplyDeleteAssalamualaikum Ina, akak mintak maaf ye, terlambat dah balas msg ina. Laptop akak hantar untuk diupgrade. Balik dari USM petang td baru dapat laptop balik. Dapat jumpa tak Pasar Kemboja? Anything boleh contact akak kat 012-4646502. Sorry again...
Deletesalam sis.... boleh bagi alamat pasar kemboja tu tak :)
ReplyDeleteSalam dik, sorry sangat, akak jmpa comment awak dalam spam. Tak tahu kenapa. Untuk soalan tu, boleh check entri terbaru akak. Akak dah letakkan lokasi Pasar Kemboja tu. Alamat pulak, tak pasti pulak.
DeleteKalau nak senang... masuk je dalam kawasan taman perumahan tu (Taman Harapan). Nak berjalan ke pasar kemboja tu pun tak dela jauh sangat. Ni dah nak raya ni... jom pakat ramai2 kita serbu pasar kemboja..huhu
ReplyDeletesis nk tnye la..tudung bawal plain 1 kodi kt situ murah x..pm utk hrge borong..
ReplyDelete-wanie-
Salam wanie, sori ye lambat reply. akak penah bawak org beli tudung bawal tone dan pelangi kat situ. kalau sekodi kalau tak salah dapat dlm rm6 sehelai. kalau beli lebih dapat kurang lagi kot. ada banyak pembekal. jadi kena pandai cari. yang akak bawak tu namanya De' Salma. Tapi bila beli banyak2 tu hati2. Ada tudung yang kadang2 saiznya tak sama empat segi. So better buka dan check satu2.
Deletesalam kak, nak tny dgr cite bk ari2 sampai raya nnt btl ke, cadang nak gi ahad ni, tkt ttp la pulak....tq ;)
ReplyDeleteAkak ada terima flyers jgk tentang bazar kat pasar kemboja tu. Tapi tak pasti pulak ada ke tak. Mgkn ada kot sebab flyers dah diedarkan.
DeleteMak saya selalu pesan... kena selalu ucap terima kasih
ReplyDeletekepada org yg berbudi pada kita .. soo .. saya nak ucap terima kasih kat
awak atas maklumat yg bermanafaat nie.. terima kasih awak...
;)
my site; Tips Menjahit Baju Kurung
Terima kasih sudi singgah di blog saya.
Deletesalam sis,nk tye pasar tu bkk setiap isnin dan jumaat ke atau isnin hingga jumaat..sbtu,ahad xde ek..
Deleteslm sis,nk tye..pasar tu setiap isnin dan jumaat saje ke,atau isnin hingga jumaat..sbtu ahad xde ye..
ReplyDeleteslm sis,nk tye..pasar tu setiap isnin dan jumaat saje ke,atau isnin hingga jumaat..sbtu ahad xde ye..
ReplyDeleteW'salam sis, Pasar tu hari isnin dan jumaat sahaja. Sabtu ahad mmg takde.
Deleteasalam, skrg ni , psar kemboja tu masih buka ke isnin n jumaat..
ReplyDeletemaksud saya spnjng thun la bkn musim raya je.,.tq
Waalaikumussalam... Pasar tu memang sentiasa buka sepanjang tahun setiap isnin dan jumaat. Sejak 3 minggu yang lalu, Pasar Kemboja ni dah start buka pada hari Sabtu. Untuk tahu lebih lanjut, boleh baca di entri terkini blog saya di link ni:
Deletehttp://afifahsakura.blogspot.com/2013/10/perubahan-hari-pasar-kemboja.html
Salam.. Terima kasih saudari Afifah atas perkongsian yangmenarik tentang pasar kemboja, Parit Buntar. Ia memang merupakan lokasi yang menawarkan harga kain, tudung dan baju yang murah. Sekiranya perlukan Penginapan untuk bermalam di sana.. bolehlah singgah di Homestay saya : www.mutiarailmuhomestay.my
ReplyDeleteCuma 10 Minit perjalanan..
salam saya baru pulang dari pasar kemboja last week. majlis perbandaran dah issue notis terbaru, disbbkan jalan jam teruk sbb pasar kemboja nih, perniaga hanya di benarkan buka bisness hanya pada hari sabtu sahaja. monday dan fridah dah stop. just fyi
ReplyDelete.
Terima kasih kerana beritahu berita terbaru ni... memang confirm akan buka santu sahaja. katanya start minggu ni... Saya pulak tak berkesempatan nak jenguk pasar kemboja lagi..
Deleteso,skrg hari sabtu aja ka???
ReplyDeleteha'ah.. dengar-dengarnya mcm tulah...
Deletepasar ni buka hr apa?
ReplyDeleteSekarang setiap hari Sabtu sahaja...
DeleteJarak antara pekan kemboja tu dengan pekan parit buntar tu jauh tak?
ReplyDeleteTak jauh, dekat je dalam 5 min perjalanan je dari pekat parit buntar.
DeleteDi mana yer pasar kemboja ni?saya tahu sampai pekan parit buntar ja...area jam besaq ka?ikut jalan mana yer?
ReplyDeleteKalau kat jam besar, kat trafik light belok kanan. pastu terus ja, naik flyover, terus ja. jumpa trafik light bila turun flyover tu. terus lagi. pasar kemboja kat depan tu ja.
ReplyDeleteDah nak tegeliat jari taip kata kunci nak cari blog nie ...
ReplyDeleteawk ... rasanya seo awak kena baiki... blog awak memang best ..
tapi susah nak cari kat google.
Feel free to visit my homepage; Wanda
oh ya ka.. hehe saya ni bkn pandai sangat bab2 blog ni... Banyak org buka blog ni pun pasal pasar kemboja. hehe... Insya Allah nanti saya perbaiki apa yang boleh supaya senang search. Terima kasih :)
Deleteso yg da latest ni...pasar kemboja tu kat pekan parit buntar la ye?
ReplyDeleteLokasi masih tidak berubah.yang berubah cuma hari sahaja.
Deletepasar ni buka hari apa ek? dari pkul brapa sampai pkul brapa
ReplyDeleteHari sabtu... buka around pukul 7 hingga 1 tengahari.
DeleteTerima kasih puan atas perkongsian
ReplyDeleteAmat bermanfaat pd saya
Now sy on the way ke sana :)
Mimi, changlun, kedah
Hari ahad bka x psar kmboja ni.??
ReplyDeleteHari ahad buka x.??
ReplyDeleteAhad tak buke yer...
ReplyDeleteKalau kt econsave tu .,pasar kmboja buka pkul brapa?
ReplyDeleteYang tu saya tak pasti... saya penah pegi sekali hari ahad... dlm pkl 12, orang baru dok menyusun barang2 baru nak buka..
ReplyDeleteSy nk tanya kak buat. Blog ni mcm mn ye sy nk blajr
ReplyDeletehehe dik akak pon bknnya terrer bab blog ni... Rasanya type ja kat google 'blogspot' pastu akan klr yg first skali www.blogger.com... tekan website tu pastu bleh create blog kat situ... kat youtube pon ramai org letak tutorial macammana nak start blog...
ReplyDeletemna murah???pasar kemboja ka..gm kl ka..or jln tar
ReplyDeleteEmm... Tah lah.. GM Klang x penah pg shopping, Jalan TAR last shopping dlm 3 tahun lepas... Kalau ikut harga tahun lepas, Pasar Kemboja murah lagi... Cotton kat jln tar RM40, kat pasar kemboja baru 35... sama jenis... Kain pasang pon lebih kurang sama harga... Tapi kalau semata2 nak dtg dr jauh nak beli sepasang tu memang tak baloi la.... :)
ReplyDeleteKalau nak beli banyak atau nak berniaga berbaloi la kot nak datang pasar kemboja...