Assalamualaikum :)...
Setelah entri-entri yang negatif auranya sbelum ni hehe, saya terpanggil nak kongsi coretan seorang ibu yang blognya saya baru follow. Ibu ini mempunyai 2 orang anak yang dari umur 3-4 tahun sudah start menghafal Al-Quran. Sesiapa yang berminat, boleh follow blog and facebooknya dibawah....
Dalam banyak-banyak entrinya, saya tertarik dengan entri ini. Mungkin dapat memberi manfaat dan ilmu yang dapat kita kongsi bersama....
Blog : www.darwishndarwisya.blogspot.
Website : www.islamicparentingnetwork.
Facebook Page : Islamic Parenting Network
Assalamualaikum
Baru-baru ini saya mendengar keluhan
seseorang... sudah bertahun-tahun saya berdoa benda yang sama tetapi
masih belum terkabul. Yang paling terbaru, ada seseorang berkata dengan
saya, sudah 4 tahun dia mengamalkan satu doa yang dikatakan untuk kaya
dan sihat, tetapi tetap tidak kaya dan masih sakit. Memanglah sepatutnya
seseorang itu bersyukur dengan apa yang ada. Namun manusia tetap
mahukan lebih. Bagi saya, untuk mata pelajaran 'BERDOA' sahaja, ianya
satu subjek perbincangan yang panjang yang antara senarainya :
- Bagaimana berdoa,
- Hari mustajab untuk berdoa,
- Keadaan dan masa terbaik untuk berdoa,
- Perkara yang membuat sebuah doa tertolak,
- Siapa yang lebih baik berdoa untuk siapa dan sebagainya.
Ia bukanlah hanya satu perbuatan menadah
tangan dan mengeluarkan kata-kata yang sama setiap hari. Maka sesiapa
yang serius mengharap doanya terkabul, carilah ilmu berdoa itu. Dan
jangan lupa, selepas berdoa kita perlu berusaha dan bertawakkallah
selepas itu. Contoh mudah, jika saya berdoa untuk anak saya boleh
menghafal al Quran ketika kecil, anak saya tidak akan menghafal 'dengan
tiba-tiba' atau 'dengan sendirinya' (magic) jika tidak saya berusaha
untuk mengajarnya untuk menghafal. Dan jangan pula berkata jika kita
berusaha, tentulah kita dapat! Ia tidak begitu. Jika kita antara orang
yang memerhati, kita dapat lihat betapa ramai orang yang berusaha tetapi
gagal. Contohnya dalam perniagaan, ramai manusia berusaha tetapi gagal
kerana tidak mendapat izinNya.
Seperti yang kita tahu, beberapa hadis
Rasulullah s.a.w. yang menyatakan doa ibu adalah antara doa yang
mustajab. Maka janganlah kita ambil ringan dengan kelebihan yang
diberikan kepada seorang ibu. Ramai ibu modern yang kesibukan, terlupa
untuk berdoa untuk diri sendiri apa lagi berdoa untuk anak-anak. Jangan
tunggu anak kita bermasalah dan memeningkan kepala, baru kita teringat
untuk berdoa. Senario biasa manusia adalah seperti kata pepatah, sudah
terhantuk baru nak terngadah. Berdoalah seawal yang boleh. Jika
berkesempatan, yang terbaik adalah berdoa sebelum mereka lahir lagi ke
dunia ini. Jika tidak, berdoalah ketika mereka masih suci belum lagi
dipertanggungkan dosa. Jika itu pun sudah terlepas, jangan putus asa
dengan rahmat Allah. Wahai ibu-ibu, berdoalah..
Saya ungkapkan semula kata-kata imam Syafie :
"Tidak ada salahnya kamu berdoa samada
diwaktu siang atau malam. Renungkanlah, malam memiliki batas yang pasti
berakhir tetapi doa itu tiada batas sempadannya. Doa yang ikhlas itu akan masuk ke dalam jiwa mereka bagaikan anak panah menembusi tubuh. Maka, janganlah kamu menganggap kecil dan memandang rendah pada sebuah doa."
Berdoalah dengan ikhlas untuk kejayaan anak kita. Buanglah rasa cemburu dan dengki pada kejayaan orang lain kerana ia akan menghilangkan keikhlasan itu dan menyebabkan doa kita sukar untuk dikabulkan. Juga berdoalah untuk orang lain tanpa mengetahui orang yang didoakan itu mengetahuinya kerana malaikat akan mengaminkan doa tersebut sambil berkata "..dan untuk kamu doa yang sama juga". Marilah kita bertukar-tukar doa.. InsyaAllah.
Berdoalah dengan ikhlas untuk kejayaan anak kita. Buanglah rasa cemburu dan dengki pada kejayaan orang lain kerana ia akan menghilangkan keikhlasan itu dan menyebabkan doa kita sukar untuk dikabulkan. Juga berdoalah untuk orang lain tanpa mengetahui orang yang didoakan itu mengetahuinya kerana malaikat akan mengaminkan doa tersebut sambil berkata "..dan untuk kamu doa yang sama juga". Marilah kita bertukar-tukar doa.. InsyaAllah.
Ikhlas dari,
Lina Karim
No comments:
Post a Comment