Saturday, January 19, 2013

Amalan mengurangkan morning sickness

Assalamualaikum....

Actually entri ni dah lama dalam draf. haha... Entri ni dibuat masa saya mabuk teruk semasa mengandung... Masa tu pulak tengah menyiapkan thesis masters. Alhamdulillah, lega rasanya selepas semua dah siap, baca balik entri yang tak di post ni, saya ingin berkongsi pengalaman saya untuk mengurangkan mabuk. FYI saya mabuk mengandung sampai kandungan saya masuk 8 bulan...

Pengalaman menulis thesis dengan mabuk yang sangat teruk sangat menguji iman hihi.... Walaupun dah masuk 5 bulan, tapi mabuk aka morning sickness sangatlah tak tentu arah waktu tu... kadang2 bangun pagi dah kelepet... dari subuh sampai ke malam ulang ke tandas je. ada juga pengalaman hari-hari yang sangat tidak bernasib baik... duduk bersila terus kat dalam tandas... Hari yang paling teruk, 20x muntah...nyaris-nyaris saja nak masuk hospital :D...tapi alhamdulillah... tak masuk hihi... 

Antara cara saya nak hilangkan mabuk...
1. Makan buah
2. Tido
3. Makan ubat (Salindah B1)

Ini ubatnya... (sumber En.google :D)




Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya amalkan Salindah B1 sahaja (sejenis ubat homeopati), mabuk saya terus berkurangan. Bukanlah tak mabuk langsung, tetapi kurang banyaaaaaaaaaaakkkk sangat. Kenapa saya katakan banyak sangat? Sebab purata saya muntah sehari adalah antara 15-20kali. Setelah saya makan supplement ni, kadar muntah sehari adalah 3-5 kali sehari. banyak kan perbezaannya. Walaupun selera makan tak bertambah, tetapi badan saya tidak letih melayan loya dan muntah berterusan... Parah jugak, kemana-mana pegi kena bawa plastik, sebab kalau nak muntah bukannya kira dimana. Nak keluar terus sahaja dia keluar. So, kepada yang mabuk teruk, mungkin ini dapat membantu.

P/S: Saya bukan tukang promo barang atau ejen Salindah. Cuma nak share info untuk membantu sesama manusia. Peace no war !


No comments:

Post a Comment