Friday, October 18, 2013

Perubahan Hari Pasar Kemboja (Isnin,Jumaat dan Sabtu)

Assalamualaikum semua....

Maaf lama tak update blog (hehe macam la ramai peminat blog ni...). Kesempitan masa nak update blog sekarang. Rasa bersalah juga nak update blog tetapi paper jurnal belum siap bertulis :D...

Ini sedikit update untuk peminat Pasar Kemboja. Mungkin agak terlewat sikit saya update. Bermula 2 minggu lepas, Pasar Kemboja dah di buka pada hari Sabtu. Bermakna Pasar kemboja dibuka 3 hari iaitu Isnin dan Jumaat seperti biasa di tambah Sabtu pula :D. Ini berita buat setakat ini lah... Nanti kalau ada pertukaran lagi saya akan inform di blog ni.

Kisahnya Majlis Perbandaran Kerian tak izinkan Pasar Kemboja dibuka pada hari Isnin dan Jumaat. Jadinya pada hari Isnin dan Jumaat, penjual2 disebelah jalan Perak terpaksa berpindah ke jalan sebelah pulau pinang. Seperti semua maklum, Pasar Kemboja ni berada disempadan 2 negeri, Perak dan Pulau Pinang.
Baca berita di link ini: http://www.peraknews.com/berita-negeri/10278-kekecohan-pasar-kemboja-di-parit-buntar

Jumaat yang lepas saya ada pegi kejap, nampaknya tak berapa ramai sangat penjual yang berpindah ke jalan sebelah. Mungkin belum betul2 dapat beroperasi kerana masalah tempat. Yang pastinya, jalan disebelah Perak memang kosong. Hanya hari Sabtu diaorang buka kedai di jalan sebelah Perak. Jadi ini berita baik buat sesiapa yang tak dapat pegi Pasar Kemboja sebelum ni...

Ok, Selamat Bershopping, saya nak kena sambung tulis paper jurnal huhu...

See ya in next entry :)