Inilah official result selepas seminggu berlalu :)
Tadaaaaaaaaaaaaaaa :D
Alhamdulillah.... Lagi seminggu in Kick Start Phase, then boleh masuk phase ke dua. Jom diet beramai2 hihihi...
XOXO
ifah
Tuesday, December 31, 2013
Saturday, December 28, 2013
Menggerakkan azam tahun lepas
Assalamualaikum...
Lama tak duduk depan laptop dan mengarang kat blog ni. menjenguknya selalu, mengarangnya tak sempat...
Sekarang tengah study week, jadi adalah sikit masa untuk berjimba-jimba hihihi.. Berjimbalah sangat... minggu depan ada dua paper exam... pening kepala dah tua-tua nak masuk exam lagi.... Terasa tuanya bila masuk kelas tak boleh dah nak catch up dengan dua jam kelas.... Cepat masa berlalu...dah 30 tahun... 3 bulan lagi dah 31... aowwwh....
Kita tinggalkan pasal tu... Tahun baru 2014 bakal menjelma. Dah ada azam kawan-kawan??? hihihi... Azam tahun lepas saya pun tak tertunai.... Bukan tak menggerakkan, tapi apa yang terjadi adalah sebaliknya daripada azam... Azam tahun lepas nak turunkan berat badan.. try produk tu produk ni, cara itu, cara ini... tapi tak menjadi.... Lastly bukan beratnya turun, tapi naik disebabkan oleh kesan stop makanan tambahan untuk menurunkan berat badan.... Tapi masih tak berputus asa...hahaha... Insya Allah, harap-harap masalah berat badan boleh la bergerak turun guna cara ni... Cara yang saya maksudkan adalah Atkins Diet.
Mungkin dah ramai kat luar sana dah tahu pasal Atkins Diet, bagi saya benda ni baru bagi saya. Saya baru tau adanya cara diet begini. Semua orang cakap tak payah makan nasi nanti boleh turun berat badan. Jangan makan manis, jangan makan berminyak, jangan itu jangan ini....tapi tak boleh nak stick dengan cara tu bila semua tak boleh makan huhuhu... Atkins Diet ni pun lebih kurang sebenarnya, tapi bagi saya tidaklah terlalu membebankan sebab boleh makan goreng-goreng juga hehehe...
Saya start Atkins Diet ni last Tuesday... So masuk hari ni dah 6 hari. Hari selasa depan lah baru cukup seminggu dan official berat turun akan di timbang.... Unofficially.... taaddaaaaaaaaaaaaaaa....
Alhamdulillah...cari ni berkesan.... Dan saya tak la rasa terbeban sangat nak diet cara ni...diet ni adalah diet low carb, high protein... Untuk info bolehlah google... banyak aja info kat google...
Ada 4 fasa dalam diet ni...
Fasa 1 : Kick Start
Fasa 2 : Balancing
Fasa 3 : Fine Tuning
Fasa 4 : Life Time Maintenance
untuk lebih maklumat bolehlah rujuk disini:
Sebenarnya bagi saya Atkins Diet ni bukanlah diet ketat. Dietnya adalah untuk mengatur balik cara makan kita kearah pemakanan yang sihat... Diet biasa mungkin tak makan nasi dan terseksa bertahun tahun dan menyebabkan kita cepat putus asa... Selepas dah buat research sikit pasal Atkins Diet ni, rasanya dia lebih untuk cari the most suitable amount of carb yang badan kita boleh terima dan amount tu kalau kita makan secara berterusan tidak akan menaikkan berat badan. Selain tu kalau kita terlebih ambil carb maybe pada musim perayaan, kita dah tahu banyak mana karbohidrat yang perlu kita kurangkan dalam satu tempoh untuk menurunkan berat badan kita...
Hehe panjang lebarkan entri kali ni... Harap-harap Azam yang tak tertunai tahun ni akan dapat digerakkan pada depan yang bakal menjelang ni... Doakan kejayaan saya... Pada yang nak mencuba, saya nak share link-link berguna untuk resepi. Boleh check kat bahagian kanan blog ni, saya dah tambah pasal Atkins Diet punya link.
Mungkinlah lebih kepada western, tapi boleh kita olah menjadi macam kita punya makanan kerana all herbs are allowd in this diet... hihi...
Setakat ini dulu untuk hari ni dan entri kali ni.... Moga menjadi manfaat bersama.
Wassalamualaikum warah matullahi wabarokatuh :)
XOXO
Ifah
Monday, December 02, 2013
Prof Muhaya - Celik Minda: Reset Minda Suami
Assalamualaikum....
Currently listening to this... Semoga dapat menjadi perkongsian yang bermakna buat semua...
Currently listening to this... Semoga dapat menjadi perkongsian yang bermakna buat semua...
Subscribe to:
Posts (Atom)