Wednesday, September 18, 2013

Usah mengeluh bila sakit dan putus rezeki...

Sambil go through Facebook saya terbaca post yang dishare oleh member... Sangat bagus sebagai reminder kepada kita semua. Sharing is Caring :)

Four things that make your body sick;

1) Excessive talking.
2) Excessive sleeping.
3) Excessive eating.
4) Excessive meeting other people.

Four things that increases the wetness of face and happiness;

1) Piety.
2) Loyalty.
3) Generosity.
4) Being helpful to others without being asked.

Four things that stop Rizq (sustenance);

1) Sleeping in the morning (between Fajr and sunrise.)
2) Being irregular in prayers (Tariqu salah)
3) Laziness/idleness.
4) Treachery/dishonesty.

Four things that increase Rizq (sustenance);

1) Staying awake in the night for prayers.
2) Excessive repentance.
3) Regular charity.
4) Zikr (Remembrance of ALLAH)

Tuesday, August 20, 2013

Lama Tak Bersiaran



Assalamualaikum.... 
Lama saya tak berblog... Sibuk dan tak sihat... Anis juga tak berapa sihat... ;(
Semalam baru saja bawa Anis ke hospital... Alhamdulillah dah ok Anis... terpaksa saya dan hubby bergilir-gilir cuti... Hari ni turn hubby dirumah, jadi adalah masa sikit untuk siapkan kerja di USM...

Sedang sedih dan tak sihat macam ni, saya suka layan lagu ini untuk ingatkan diri...
Lama tak share lagu disini. Semoga anda juga sukakan lagu ini....  



Muhasabah Cinta

By : EdCoustic

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah....selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

 
Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu
 

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah....selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...


Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah....selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...
 
 
P/s: Doakan saya dan si manis Anis Safia sihat secepat mungkin... Rindu pipi chubby Anis yang dah cengkung ;(
 

Thursday, July 18, 2013

Lokasi dan Map ke Pasar Kemboja Parit Buntar

Assalamualaikum....

Lama saya tak update blog ni. Aktiviti harian dah semakin pack sekarang. Super bizi sekarang sebab saya dah start masuk lab dan start research. Supervisor saya pulak seorang yang sangat strict dalam soal research, so tak boleh nak main-main sangat dah macam masa research masters dulu.. Pening dah kepala. 

Opss... sebelum saya melalut. Kali ni saya nak masukkan lokasi Pasar Kemboja Parit Buntar. Saya minta maaf sangat pada adik-adik yang call tanya direction hari tu. Saya bagi Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat sebagai point untuk cari di google map. Rupanya bila saya cari dalam map, Sekolah tu tak pula ditunjukkan. So saya bagi 3 direction nak pegi ke Pasar Kemboja guna google map. 3 direction tu adalah seperti berikut:

1. Dari Pekan Nibong Tebal ke Pasar Kemboja.
2. Dari USM Nibong Tebal ke Pasar Kemboja
3. Dari arah Taiping ke Pasar Kemboja.

1. Dari Pekan Nibong Tebal ke Pasar Kemboja.


Link ke Google Map : http://goo.gl/maps/tqvNB

2. Dari USM Nibong Tebal ke Pasar Kemboja


Link ke Google Map: http://goo.gl/maps/KvSlN

3. Dari arah Taiping ke Pasar Kemboja.


View Larger Map



Link ke Google Map: http://goo.gl/maps/FpeVM


Kalau anda boleh rujuk dalam google map, Pasar Kemboja tersebut berada di sepanjang Jalan Padang.

Koordinate untuk buat rujukan adalah seperti berikut:

5.130996,100.477319

Harap-harap link ni dapat membantu untuk mencari Pasar Kemboja ye.

So, dah dapat direction. Boleh la pegi shopping raya hihi..

Anything, boleh contact saya ye.

P/S: Selamat Berpuasa... :D

XOXO

Afifah


Thursday, May 02, 2013

Cerita Motivate Diri

Bila membeli buku-buku kali ni, saya terkenang balik zaman stress masa mula kerja dulu... 

Salah satu buku yang saya beli dalam entri yang lepas banyak memberi motivasi dan keberanian untuk saya sedar apa yang saya mahu dalam hidup dan apa yang saya nak capai dalam hidup. 

Kenapa beli buku ni? Hehe... ada ceritanya...

Saya dapat kerja pertama lepas sebulan saya graduate... Happy gila masa tu... ramai lagi kawan-kawan yang belum dapat kerja, tapi saya dah dapat kerja... 

Tapi kegembiraan saya berakhir hanya dalam tempoh tak sampai 6 bulan... I have to work under a very  very very stressful management.  Walau sekuat mana saya bekerja dan berusaha, saya rasa “lemas” setiap hari bila ditempat kerja. So, masa nilah saya start mula baca buku-buku motivasi hehe ( dah terdesak baru cari ye hihi)... Masa nilah saya jumpa buku ni:




“How to Get from Where You Are to Where You Want to Be” ~ Jack Canfield.

Antara isi kandungannya adalah 25 Principles of Success:


1.       Take 100% Responsibility Of Your Life
2.       Be Clear Why You Are Here
3.       Decide What You Want
4.       Believe It’s Possible
5.       Believe In Yourself
6.       Become An Inverse Paranoid
7.       Unleash The Power Of Goal-Setting
8.       Chunk It Down
9.       Success Leaves Clues
10.   Release The Brakes
11.   See What You Want, Get What You See
12.   Act As If
13.   Take Action
14.   Experience Your Fear And Take Action Anyway
15.   Ask! Ask! Ask!
16.   Reject Rejection
17.   Use Feedback To Advantage
18.   Commit To Constant And Never-Ending Improvement
19.   Practice Persistence
20.   Practice The Rule Of Five
21.   Surround Yourself With Succssful People
22.   Clean Up Your Messes And Your Incompletes
23.   Develop Four New Success Habit A Year
24.   Stay  Focused On Your Core Genius
25.   Start Now!...Just Do It!



Berbekalkan motivasi dari buku ni lah saya memulakan langkah saya.  It took a year for me to take action!hehe.. Saya ulang baca buku ni 5 kali dan 3 kali istikharah sebelum saya ambil keputusan drastik yang mengejutkan semua orang ... SAYA RESIGN!... tanpa apa-apa clue, saya terus hantar resignation letter. 

Management counter-offer saya dengan gaji RM3,000 dan saya terus persistent dengan keputusan yang saya buat. Saya cakap dekat manager saya nak resign, titik!.. hahaha berani gila la time tu... saya berhenti tanpa plan yang kukuh pun time tu... Saya hanya bertawakkal kepada Allah kerana Allah dah gerakkan hati, insya Allah dia akan lorongkan saya ke jalan yang betul...

Saya berhenti kerja dengan alasan sambung belajar. Tapi masa tu saya belum pun apply untuk sambung belajar dan tiada biasiswa pun lagi yang saya dapat... Berbekalkan hanya RM3,000 bonus pada tahun tu, saya register belajar dan sara diri dengan gaji bulanan RM1,200 hasil kerja sebagai tutor dan part time lecturer. Selepas Semester ke 3 masters barulah saya dapat biasiswa... Alhamdulillah.... sekarang saya gembira dengan tindakan yang saya ambil. Ini yang saya mahu dan ini yang saya tahu... 

Masa saya berhenti kerja ada one of my collegues tanya macamana saya boleh seberani itu untuk resign. Terus ja saya bagi buku yang saya baca tu kepada dia. Dia juga mengalami masalah yang sama dengan saya. Tapi bila saya habis tempoh sebulan notis berhenti, dia belum habis baca buku tu, jadi saya hadiahkan kepada dia sebagai dorongan untuk dia. Moga buku tu memberi manfaat kepada dia... Saya dengar dia berhenti kerja juga selepas 5 bulan saya resign. Lepas tu saya tak dengar lagi berita dari dia... Mungkin dia juga sedang buat apa yang dia suka dan bekerja dalam bidang yang dia suka sekarang :D

Kenapa saya beli buku ni sekali lagi?... Bukan kerana saya kena cari direction semula, tapi sebagai pemberi semangat dan ingatan kepada saya dari masa ke semasa... biasalah.. manusia mudah lupa J ... Walaupun saya belum sampai ke tempat yang saya inginkan... saya sedang memanjat anak-anak tangga menuju ke tempat itu... Insya Allah... kita tengok dalam masa 3 tahun lagi :D... Masih ada 1 level lagi untuk saya completekan dan selepas ni kena set up advance level pulak!

So kawan-kawan... adakah anda dalam kemelut macam saya dulu? Struggling in your life? Work? Family Matters?.. TAKE ACTION!... “YOU CAN’T HIRE SOMEONE ELSE TO DO YOUR PUSH UPS FOR YOU”. Mungkin first step to do is get a motivation book for yourself. I have found mine... find yours!
Saya sedang buat apa yang saya suka.. Anda bagaimana??? Tepuk dada, tanya hati!


Till next entry! 

XOXO

Ifah

p/s: entry ni bukan untuk saya menunjuk-nunjuk, tapi untuk berkongsi bagaimana saya motivate diri saya untuk keluar dari kemelut hidup saya. Semoga menjadi manfaat bersama.

Wednesday, May 01, 2013

Hasil Belian Pasar Kemboja

Assalamualaikum :)

Jumaat lepas saya berkesempatan ke Pasar Kemboja. Ini hasil belian kali ini :D






 


10 pasang kain digital printed dengan batu...10 pasang ni bukanlah untuk saya semua. saya punya 4 pasang saje. 4 pasang lagi my eldest sister dan 2 pasang kami beli untuk my mom. Borong baju baru nak buat pakai ke Terengganu dan Kulim for brothers' wedding on 25 May 2013 dan 1 Jun 2013 hihi.. melaram baju baru lah kenduri nanti :D

Sorry for poor quality of the picture...sebenarnya colour baju ni terang-terang... mungkin sebab saya ambil gambar malam, colour baju nampak dull... 

Rasa2 kalau saya nakjual baju online ada tak sape2 nak beli hihi... :D.. Kalau ada, boleh comment... Jual murah2 ja.. Kat USM budak-budak jual RM95 sepasang untuk kain yang ada batu...Saya ingat jual RM60 termasuk harga pos pun dah ok dah ni. Sape2 nak???


Tuesday, April 30, 2013

Hasil Baucer Buku 2013



Ini kali kedua saya dapat baucer buku.  Kali pertama tahun lepas dengan nilai baucer RM200. Saya habiskan semua baucer di MPH dan mendapat baucer tambahan bernilai RM10.

Tahun ni, Alhamdulillah... Saya dapat baucer buku bernilai RM250 dan tambahan baucer RM50 daripada POPULAR kerana habiskan semua baucer di POPULAR. Mari kita tengok apa yang saya dapat kali ni :D



 


  

  1. 1 Hari 1 Resepi – Chef Hanieliza  
  2. Aku Terima Nikahnya – Hasrizal Jamil   
  3. 100 Ways to Motivate Yourself - Steve Chandler
  4. How to Get from Where You Are to Where You Want to Be – Jack Canfield
  5. Cintaku Luruh di Oxford – Noor Suraya & Imaen
  6. Alang Rebus Tak Empuk – Aimi Shabana


Untuk si kecil manis Anis Safia pun ada:
 
  1. Baby's First Library - Colours and Shapes  
  2. Baby's First Library - Animals 
  3. Rolling Crayon -saya tak letak gambar sebab dah selamat anis kerjakan 
  4. Drawing Block - ni pun x de dalam gambar.






Voucer buku dari POPULAR yang bernilai RM50 saya guna untuk beli buku dibawah :




Ensiklopedia Solat berharga RM100...Belian dengan kad popular,saya dapat 15% discount. jadi saya cuma tambah RM35 sahaja :D.. Alhamdulillah...rezeki tahun ni :)

 
XOXO

Ifah

Sunday, March 17, 2013

~ Our version of celebration ~

Assalamualaikum....

Alhamdulillah... hari ni hari Ulangtahun Kelahiran En.Hubby yang ke-31.. Selamat Hari Lahir Sayang :)..
Walaupun hari ahad, tapi hubby kena kerja, jadi tak dapatlah celebrate sangat.. Since dua hari lepas adalah hari lahir saya yang ke-30 (yes, our birthday cuma dibezakan 1 hari, saya 15 Mac, hubby 17 Mac... yang membezakan hanya tahun), makanya kami celebrate pada malam 16 Mac setiap tahun.

Our version of celebration biasanya simple je hihi.. celebratelah sgt... Untuk tahun ni, tetap sama jugak celebrationnya... saya masak dirumah saja sebab hubby sampai rumah dah pon pkl 9 mlm, nak keluar lagi, kesian pulak dia sebab esoknya kerja lagi... So, macam ni lah celebration kami.. Jawa Style hihi..

Semangkuk bubur merah... ini sajian wajib bagi orang Jawa bila sambut ulangtahun :)... Bubur nasi dicampur santan dan gula merah. Sebab tulah bubur ni dipanggil bubur merah.. hehe macam tahu sangat... This is my first trial. Tahun pertama sambut tak tahu lagi tentang bubur merah ni hihi... 

Second menu: Nasi ambeng ops.. ala2 nasi ambeng hehe... Nasi ambeng ni tak lengkap sebab tak ada lauk sayur dan ikan masin yang rangup... Saya gantikan dengan ikan talang goreng je... Serondeng kelapa pun derhaka resipi mak mertua hehe.. orang tak letak cili, saya letak cili.. baru ummp :D

Lastly,my homemade kek kukus butter peach hehe.. Buat ja guna apa yang ada dirumah... nak buat coklat cake, tapi bukan fav hubby... jadilah kek tak seberapa ni :)

Bubur merah




Nasi ambeng

Kek kukus Butterpeach
 Itu saja untuk entry kali ni... :D

XOXO

~Ifah~

Tuesday, February 05, 2013

Hunting Baby Food Recipes

Assalamualaikum.... 

Cik Maneh Anis sudah pandai memilih makan! Aduhai... pening Ummi nak masak untuk cik maneh... Bila saya masakkan sesuatu dan bagi dia makan, dimasukkan sedikit dalam mulut, dirasa... kalau tak kena dengan tekak dia, diluahkan balik. Lepas tu, jangan haraplah dia nak makan makanan tu... Saya pernah masak 3 kali untuk bagi cikmaneh makan... Masak nasi lauk tak nak, masak pula nasi goreng telur yang dulunya fav dia, tak nak juga. Last masakkan macaroni barulah makan sikit... akhirnya abah Ummi lah jadi tukang habiskan makanan dia. Lagi-lagi taste dia dah macam orang besar. Nak makan makanan yang pedas... tak bagi meraung, dah di bagi, kesian sampai merambu air mata, air hidung... tapi tak meraung pulak... Macam mana nak buat??? huhuh...

So sekarang tengah hunting resipi-resipi yang baru... saya dah tambah new category.. Food for my baby 






Banyak juga resepi yang boleh di rujuk. tapi rasanya kena derhaka resepi jugak ni sebab banyak juga bahan yang kita tak boleh makan seperti menambah white wine dan sos-sos yang tidak diketahui halal atau haram.. tapi boleh lah menambah idea-idea untuk kita cuba :D... Link-link baru akan ditambah dari masa ke smasa ye.

Selain itu, saya juga suka Aeri's Kitchen. Website ni bercerita tentang masakan korea hehe... tapi banyak juga idea boleh di generate untuk buat masakan kepada cik maneh yang suka finger foods :D


Harap dapat membantu ibu-ibu untuk mencari idea juga :D. Kalau ada kawan-kawan mommies kat luar sana yang tau blog dan website yang menarik boleh dishare sangat dialu-alukan! 






Tuesday, January 29, 2013

Gosok Gigi Baby

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...hari ni misi menggosok gigi Anis Safia berjaya! hihi... (poyonya Ummi!). Sebenarnya, sejak Cik Maneh Anis Safia (cikgu di nursery panggil sebab suka tersenyum) masuknursery, saya mandikan awal pagi. Jadinya mandi bersama saya. Selalunya mandikan dia asing bila dia bangun tido. Bila mandi dengan Ummi, selalu tengok ummi gosok gigi, dia pon gosok gigi dia pakai jari... Mula lah saya godek-godek cari en.google. Bila masa yang sesuai untuk start berus gigi baby... Rupanya jahil Ummi Cik Maneh ni... Orang dah start berus gusi baby since lahir rupanya untuk membiasakan baby dengan berus gigi... Antara info tentng brus gigi baby boleh di rujuk disini, sini dan sini. Sebenarnya banyak lagi, boleh cari kat en.google ye :D.

Kebtulan pula ada sepupu yang letak entri di facebook teang gosok gigi baby... Memanglah berasa jahilnya sebagai seorang ibu..huhu.. takpelah kan, sekurang-kurangnya masih belum terlambat. So terus ja menjalankan mission cari berus gigi untuk cik maneh. Terjah billion, dapat la dua jenis berus. Berus yang sarug dijari dan berus kecik untuk baby below 2. 

Sumber En.google: Anis punya sama mcm ni tapi berus kaler oren.

Sumber en.google: Anis paling suka yang ni. 

Saya cuba kedua-dua jenis berus. Mula-mula guna yang atas, tapi anis tak nak buka mulut. Kemudian try yang bawah. mungkin lembutkot. mula-mula dia tak nak buka mulut, pastu brus lembut-lembut atas bibir dia sambil nyanyi-nyanyi, dia pun buka mulut dan sangat suka saya gosok gigi dia... sambil nyanyi gelak-gelak lagi... harap-harap berterusanlah lepas ni :D