Showing posts with label pasar kemboja parit buntar. Show all posts
Showing posts with label pasar kemboja parit buntar. Show all posts

Friday, October 18, 2013

Perubahan Hari Pasar Kemboja (Isnin,Jumaat dan Sabtu)

Assalamualaikum semua....

Maaf lama tak update blog (hehe macam la ramai peminat blog ni...). Kesempitan masa nak update blog sekarang. Rasa bersalah juga nak update blog tetapi paper jurnal belum siap bertulis :D...

Ini sedikit update untuk peminat Pasar Kemboja. Mungkin agak terlewat sikit saya update. Bermula 2 minggu lepas, Pasar Kemboja dah di buka pada hari Sabtu. Bermakna Pasar kemboja dibuka 3 hari iaitu Isnin dan Jumaat seperti biasa di tambah Sabtu pula :D. Ini berita buat setakat ini lah... Nanti kalau ada pertukaran lagi saya akan inform di blog ni.

Kisahnya Majlis Perbandaran Kerian tak izinkan Pasar Kemboja dibuka pada hari Isnin dan Jumaat. Jadinya pada hari Isnin dan Jumaat, penjual2 disebelah jalan Perak terpaksa berpindah ke jalan sebelah pulau pinang. Seperti semua maklum, Pasar Kemboja ni berada disempadan 2 negeri, Perak dan Pulau Pinang.
Baca berita di link ini: http://www.peraknews.com/berita-negeri/10278-kekecohan-pasar-kemboja-di-parit-buntar

Jumaat yang lepas saya ada pegi kejap, nampaknya tak berapa ramai sangat penjual yang berpindah ke jalan sebelah. Mungkin belum betul2 dapat beroperasi kerana masalah tempat. Yang pastinya, jalan disebelah Perak memang kosong. Hanya hari Sabtu diaorang buka kedai di jalan sebelah Perak. Jadi ini berita baik buat sesiapa yang tak dapat pegi Pasar Kemboja sebelum ni...

Ok, Selamat Bershopping, saya nak kena sambung tulis paper jurnal huhu...

See ya in next entry :)

Thursday, July 18, 2013

Lokasi dan Map ke Pasar Kemboja Parit Buntar

Assalamualaikum....

Lama saya tak update blog ni. Aktiviti harian dah semakin pack sekarang. Super bizi sekarang sebab saya dah start masuk lab dan start research. Supervisor saya pulak seorang yang sangat strict dalam soal research, so tak boleh nak main-main sangat dah macam masa research masters dulu.. Pening dah kepala. 

Opss... sebelum saya melalut. Kali ni saya nak masukkan lokasi Pasar Kemboja Parit Buntar. Saya minta maaf sangat pada adik-adik yang call tanya direction hari tu. Saya bagi Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat sebagai point untuk cari di google map. Rupanya bila saya cari dalam map, Sekolah tu tak pula ditunjukkan. So saya bagi 3 direction nak pegi ke Pasar Kemboja guna google map. 3 direction tu adalah seperti berikut:

1. Dari Pekan Nibong Tebal ke Pasar Kemboja.
2. Dari USM Nibong Tebal ke Pasar Kemboja
3. Dari arah Taiping ke Pasar Kemboja.

1. Dari Pekan Nibong Tebal ke Pasar Kemboja.


Link ke Google Map : http://goo.gl/maps/tqvNB

2. Dari USM Nibong Tebal ke Pasar Kemboja


Link ke Google Map: http://goo.gl/maps/KvSlN

3. Dari arah Taiping ke Pasar Kemboja.


View Larger Map



Link ke Google Map: http://goo.gl/maps/FpeVM


Kalau anda boleh rujuk dalam google map, Pasar Kemboja tersebut berada di sepanjang Jalan Padang.

Koordinate untuk buat rujukan adalah seperti berikut:

5.130996,100.477319

Harap-harap link ni dapat membantu untuk mencari Pasar Kemboja ye.

So, dah dapat direction. Boleh la pegi shopping raya hihi..

Anything, boleh contact saya ye.

P/S: Selamat Berpuasa... :D

XOXO

Afifah


Wednesday, May 01, 2013

Hasil Belian Pasar Kemboja

Assalamualaikum :)

Jumaat lepas saya berkesempatan ke Pasar Kemboja. Ini hasil belian kali ini :D






 


10 pasang kain digital printed dengan batu...10 pasang ni bukanlah untuk saya semua. saya punya 4 pasang saje. 4 pasang lagi my eldest sister dan 2 pasang kami beli untuk my mom. Borong baju baru nak buat pakai ke Terengganu dan Kulim for brothers' wedding on 25 May 2013 dan 1 Jun 2013 hihi.. melaram baju baru lah kenduri nanti :D

Sorry for poor quality of the picture...sebenarnya colour baju ni terang-terang... mungkin sebab saya ambil gambar malam, colour baju nampak dull... 

Rasa2 kalau saya nakjual baju online ada tak sape2 nak beli hihi... :D.. Kalau ada, boleh comment... Jual murah2 ja.. Kat USM budak-budak jual RM95 sepasang untuk kain yang ada batu...Saya ingat jual RM60 termasuk harga pos pun dah ok dah ni. Sape2 nak???