Wednesday, March 30, 2011
Lemau
"Baby baik2 ye... ummi nak tulis thesis... Ummi kena sihat... nak speed habis ni.. pasni kita boleh rehat puas puas.." (versi cakap ngan baby...)
Moga baby jadi anak yang soleh/solehah, yang boleh jaga ummi abah bila kami tua nanti...ameen...
Monday, March 21, 2011
Mood Honeymoon lagi? muahaha....
Balik, mandi, solat, dinner, terus tido.
Esoknyer ke Kea Farm, Smoke House, Lake Garden, Bharat Tea Farm... lepak2..dah petang baru bertolak balik ke Gombak...
Tapi otw turun sempat lagi singgah di Lata.. hehe...amik2 gambar...sejam di situ baru balik hehe..
Haha simple je.. tak reti nak citer detail2.. kang ada yang muntah darah bace kang hehe...daaaaa... until next entry yang tak tau bile nak tulis lagi wakaka....
Hadiah Birthday :D
Mak buyung tido berdodoi hehe
Hohoho... entri lovey dovey jangan marah... hehe
Lirik Yang Terindah – Dakmie (OST Adamaya)
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Hingga aku rasa indah
Friday, March 18, 2011
Birthday Surprise ... not a happy one huhuh
Wednesday, February 09, 2011
9 minggu :)
- Thanks to my dearest friend LadyNaza for some tips for mabuk people like me...It helps me a lot dear... a lot of link in her blog also helps me to get good info :D...(promo skit2 bleh eh hehe)
- My dearest sis also suggested me to try homeopathy medicine call Salindah B1 which helps her a lot with morning sickness during her pregnancy...Bagus2...baru nak cuba...tapi kena consult Dr. dulu hehe...
- My MIL yang tersayang siap bagi air yasiin dan air penawar agar kurang skit mabuk yang melanda huhu... TQ Mak :D
- Mama also calling most of the time asking and suggesting a new food for me to try untuk kurangkan loya.. ingatkan aku baca Quran especially surah Yusuf, Maryam dan Luqman... TQ mama...
- Kengkawan kat PG room, yang dah berpengalaman mabuk... banyak ilmu yang di timba dan sama2 kongsi maklumat...
- My Lovely hubby yang tak penat2 dan jemu melayan kerenah isterinya yang asyik lembik je lepas muntah :)... Ni la yang paling tak dapat nak ucapkan dengan kata2 betapa banyak pengorbanannya melaksanakan segala kerja rumah yang termampu hatta memasak untuk aku yang tak tau bila akan betul2 pulih... TQ so much abang, sayang, anje, oppa, uchuk aum for everythings ;)
Thursday, January 27, 2011
Doa Memudahkan Mendapat Zuriat
Assalamualaikum...
Entri ni hanya sekadar untuk berkongsi... Mungkin boleh di buat amalan bagi yang ingin menimang cahaya mata...
Bagi saya dan suami, kami memang ingin menimang cahaya mata dengan segera, kerana kami dah dikira tertinggal bas.. ramai antara kawan2 sudah ada anak at least sorang dan dah boleh jalan... kami pulak baru nak kayuh..
Awal perkahwinan, saya agak sensitif... ramai kawan2 yg kahwin in the same month atau a bit later than us dah ada tanda2 mengandung while for me, takde apa2 lagi... bila datang period terus menangis... Coz we really hope to have a baby... Tambah lagi di tempat study ni ramai yg pregnant... yang dah kawin, saya sorang je yang belum... Lagi lah terasa....
So one of my friend ajarkan doa yang diamalkan oleh dia dan hubby untuk dapat anak... Doanya macam ni...(amalkan sebagai zikir sepanjang masa...)

Makna nya lupa plak saya nak cari...tapi boleh la di cari dalam tafsir kerana saya sertakan juga surah dan ayatnya..
Selain tu, amalan2 lain yang boleh di amalkan:
Amalan pertama.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
· Baca Bismillah 1 kali
· Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
· Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
· Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
· Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalan kedua.
· Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
· Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari
· Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
· Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.
Alhamdulillah, setelah mengamalkan doa ini, kami mendapat berita saya mengandung 4 minggu...Sekarang...dah masuk 7 minggu... :D
Kita hanya berusaha... mungkin ini ikhtiar yang boleh kita lakukan... tetapi semuanya terletak pada ketentuan Allah... Setelah brusaha, bertawakkallah...
Wallahu'alam....
Semoga entry ini memberi manafaat untuk kita bersama :D
Terindah dalam hidupku...
Friday, July 17, 2009
Aku ingin cantik dan menawan....


SELEPAS 5 BULAN


Sekarang, saya ingin berusaha untuk turunkan lebih kurang 20kg untuk mendapat berat ideal saya... Jika saya boleh lakukan.. anda juga boleh :D
Herbalife change my life... My target now is to help others with their weight management....
Take the chance, change your life....
Thursday, February 12, 2009
Kembali ke Taman Ilmu dan Budi....
Kini bermula kembali kehidupanku sebagai pelajar di UIA. Finally, I am officially accepted to do my Master of Science (Manufacturing Engineering).
Ya Allah kumohon moga dipermudahkan jalan buatku :)

