Thursday, January 27, 2011

Doa Memudahkan Mendapat Zuriat


Assalamualaikum...

Entri ni hanya sekadar untuk berkongsi... Mungkin boleh di buat amalan bagi yang ingin menimang cahaya mata...

Bagi saya dan suami, kami memang ingin menimang cahaya mata dengan segera, kerana kami dah dikira tertinggal bas.. ramai antara kawan2 sudah ada anak at least sorang dan dah boleh jalan... kami pulak baru nak kayuh..

Awal perkahwinan, saya agak sensitif... ramai kawan2 yg kahwin in the same month atau a bit later than us dah ada tanda2 mengandung while for me, takde apa2 lagi... bila datang period terus menangis... Coz we really hope to have a baby... Tambah lagi di tempat study ni ramai yg pregnant... yang dah kawin, saya sorang je yang belum... Lagi lah terasa....

So one of my friend ajarkan doa yang diamalkan oleh dia dan hubby untuk dapat anak... Doanya macam ni...(amalkan sebagai zikir sepanjang masa...)

Makna nya lupa plak saya nak cari...tapi boleh la di cari dalam tafsir kerana saya sertakan juga surah dan ayatnya..

Selain tu, amalan2 lain yang boleh di amalkan:

Amalan pertama.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh

· Baca Bismillah 1 kali

· Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.

· Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali

· Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)

· Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.


Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.



Amalan kedua.

· Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.

· Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari

· Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.

· Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.


Alhamdulillah, setelah mengamalkan doa ini, kami mendapat berita saya mengandung 4 minggu...Sekarang...dah masuk 7 minggu... :D

Kita hanya berusaha... mungkin ini ikhtiar yang boleh kita lakukan... tetapi semuanya terletak pada ketentuan Allah... Setelah brusaha, bertawakkallah...

Wallahu'alam....

Semoga entry ini memberi manafaat untuk kita bersama :D


Terindah dalam hidupku...



Assalamualaikum...

Sudah lama rasanya tak update blog ni..dah penuh sarang labah-labah agaknya :)
Tah nape tetiba tergerak hati menulis lagi... mungkin kerana banyak yang berlaku dalam kehidupan aku lately :)..dan alhamdulillah..semuanya yang terindah...

Update yg terbaru, I'm married... 6 November 2010 tarikh bersejarah dalam hidupku... menjadi milik insan yang aku sayangi, dan menyayangi aku seadanya...

Us

In couple of months, aku dikejutkan pula dengan berita yang semestinya menggembirakan aku dan hubby... We'll be coming mom and dad in another 8 months :D.. tiba2 teringat pulak drama kat tv.. 8 bulan.. lakonan V and shidi... hmm..

Perasaan... tak dapat digambarkan... keterujaan yang teramat... mungkin agak melampau hehe...but this is our first baby... biar lah happy sangat2 pun :D... tapi masih baru...7minggu.. and expected kelahiran pada mid september... hmm..(my abang wish the baby born mid march hehe.. near to our birthday 15 and 17 march) ... lama sangat tu... hehe... ummi ni la yang teruk nak bawak perut nanti... :D...

Honeymoon sorok2.. dah balik baru cakap hehe :D

Overall...happy sangat... banyak berlaku lately...kawin, famili melawat kami di gombak, pegi honeymoon sorok2 heheh, balik honeymoon dapat tahu pregnant (actually dah expected... cuma check guna farmasi pnya kid, tak clear coz baru 3 minggu kot masa tu)... then pegi scan and can see the embryo... besar kacang je hehe...

Hopefully everything will be ok... semoga kandungan ku selamat...sehingga dilahirkan... Ameen... :D



Friday, July 17, 2009

Aku ingin cantik dan menawan....


Assalamualaikum dan hai to everybody ....


Nama saya Afifah Mohd. Ali, 26 tahun dari Kedah. Sekarang menuntut di UIA,Gombak. Sebelum HERBALIFE, saya mempunyai masalah berat badan yang sangat serius. Berat saya hampir mencapai 100kg. Selain itu, saya juga mempunyai masalah sembelit dan kulit yang serius.

Selepas program, skin problem improved, tiada masalah sembelit lagi dan yang paling menggembirakan saya, saya turun 15kg dalam 5 bulan,

* Tanpa bersenam

*Tanpa menahan lapar (skip meal)




Gambar - gambar ni sewaktu saya belum mula program... berat around 95kg...











SELEPAS 5 BULAN













Sekarang, saya ingin berusaha untuk turunkan lebih kurang 20kg untuk mendapat berat ideal saya... Jika saya boleh lakukan.. anda juga boleh :D




Herbalife change my life... My target now is to help others with their weight management....



Take the chance, change your life....





Thursday, February 12, 2009

Kembali ke Taman Ilmu dan Budi....

Dua tahun aku tinggalkan Taman Ilmu dan Budi... Melalui dua tahun yang mencabar dalam hidup, bekerja dan mengutip pengalamanan bekerja, belajar ilmu baru, akhirnya aku memutuskan untuk mencari ketenangan dengan kembali ke tempat yang kurasakan aman dan tenang. Melakukan apa yang paling aku gemari.. membaca :).



Kini bermula kembali kehidupanku sebagai pelajar di UIA. Finally, I am officially accepted to do my Master of Science (Manufacturing Engineering).

Ya Allah kumohon moga dipermudahkan jalan buatku :)